Isnin, 9 November 2009

RT 142





Sumber : http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=59

Ada orang Islam yang begitu gigih membaca al Quran, setiap hari melebihi satu juzuk tetapi malangnya dia tidak mengusahakan solat-solat sunat. Dia berasa puas hati dengan amalannya membaca al Quran itu tanpa mengambil tahu aspek-aspek ibadah yang lain. Ada orang yang begitu rajin berwirid, saban hari zikirnya ribuan tetapi dia tidak berdakwah kepada sesiapa. Ada yang solat sunat melebihi dua puluh rakaat dalam sehari semalam, dia berasa puas begitu tapi mengabaikan solat fadhu berjemaah di tempat azan dilaungkan , iaitu di surau ataupun masjid. Ada yang ke sana ke mari berceramah dan mengajar agama tetapi malangnya tidak pula membuat kuliah harian atau minggan untuk anak isteri sendiri. Ada pula yang begitu rajin berjemaah di masjid, tetapi malas mencari ilmu agama melalui jalan membaca, menonton, mendengar, mengarang, mengumpul bahan dan sebagainya.

Keadaan-keadaan di atas menghasilkan individu yang tidak seimbang. Minda mereka perlu dibuka agar mereka tidak berasa puas hati dengan apa yang mereka usahakan sahaja. Bagi sesetengah orang, mereka memahamkan diri mereka bahawa apa yang mereka usahakan itulah jalan agama yang sebenar. Kalau dia rajin mengerjakan solat sunat melebihi dua puluh rakaat setiap hari, dia akan memandang rendah kepada orang lain yag hanya mampu melakukan enam rakaat sahaja sehari semalam. Maka keluarlah daripada mulutnya nasihat-nasihat agar orang lain mencontohinya. Tetapi dia tidak sedar kemungkinan individu yang dinasihatinya itu mungkin ada melakukan amalan yang lain seperti berdakwah, menghafaz dua puluh minit sehari, membaca bahan agama dua jam sehari, merancang aktiviti-aktiviti agama dan seumpamanya.

Situasi ini tidak berlaku kepada orang awam sahaja, malah kadang-kala berlaku juga kepada mereka yang bergelar ulama. Untuk itu saya telah mencadangkan malah menjalankan satu kaedah muhasabah diri untuk digunakan oleh anak-anak buah dan kegunaan saya sendiri.

Untuk bakal pendakwah yang menunjukkan minat untuk terus bersama kita maka mereka hendaklah berusaha untuk mencapai perkara-perkara berikut setiap hari (selain solat fardhu lima waktu):

solat berjemaah 3 kali (lelaki sahaja), utamakan berjemaah di surau atau masjid

solat sunat 6 rakaat

membaca al Quran 1 muka (secara melihat)menghafaz atau mengulangkaji hafazan 10 minit

wirid pagi atau petang, 15 minit setiap sesi (apa saja aurad, kami gunakan al-Ma’thurat)

qiamullail, sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajjud

berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya baca bahan agama 20 minit (juga menonton, mendengar, mengarang dsb)

kurangkan makanan yang boleh memudaratkan

ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika

bacan-bacaan sebelum tidur

riadah 20 minit (lelaki)

Perkara-perkara di atas mesti diusahakan setiap hari. Selain itu ada beberapa perkara lain yang tidak setiap hari seperti:

puasa sunat sekali dalam sebulan

mengikuti apa jua majlis agama 3 jam seminggu (lelaki), 1 jam (wanita)

Sekiranya bakal pendakwah itu pelajar sekolah, pelajaran agama di sekolah tidak diambil kira.

Untuk ketua, pemimpin, naqib, naqibah, muallim dan seumpamanya, hendaklah mencapai perkara-perkara berikut:

solat sunat 15 rakaat

tilawah al Quran 1 juzuk (sama ada melalui penglihatan atau hafazan)

hafazan atau ulangkaji hafazan 15 minit

qiamullail sekurang-kurangnya 15 minit

riadah 20 minit sehari

sesi tarbiyyah keluarga 10 minit (bagi yang telah berkeluarga)

berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya

baca bahan agama 1 jam (juga menonton, mendengar, mengarang dsb)

kurangkan makanan yang boleh memudaratkan

ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika

bacan-bacaan sebelum tidur

Perkara-perkara di atas mesti diusahakan setiap hari. Selain itu ada beberapa perkara lain yang tidak setiap hari seperti:

1 puasa sunat 3 kali dalam sebulan

2 mengikuti apa jua majlis agama 3 jam seminggu (lelaki), 1 jam (wanita)

Pencapaian di atas bukan kewajipan, tapi satu usaha untuk menggalakkam istiqamah dan menjadikan kita insan berjiwa agama yang seimbang. Jika kita boleh melakukan lebih daripada itu, sangat digalakkan. Cuma jangan melampau dalam beribadah, kerana ditakuti kita tidak ada kesempatan untuk melakukan kerja-kerja lain yang turut dituntut agama terutamanya mencari nafkah, silaturrahim dan ilmu-ilmu duniawi.

Untuk individu yang baru berjinak-jinak dengan agama dan dakwah, cukuplah tiga perkara saja dititikberatkan iaitu:

solat sunat 6 rakaat sehari

membaca bahan agama 20 minit sehari

membuka dan membaca al Quran semuka sehari

Yang penting ialah kemampuan untuk istiqamah, bukannya kuantiti ibadah yang tinggi tetapi tidak stabil- hari ini solat sunatnya 30 rakaat, esok langsung tidak ada, lusa 10 rakaat… tiada istiqamah.

Rabu, 9 September 2009

Kuliah Fiqah 11 sept 2009

~~~ Orang yang berhak menguruskan Jenazah ~~~(Kandungan)

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.



~~~ Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya ~~~(Kandungan)

Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.

Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.

Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.

Menentukan bilal untuk memandikan mayat.

Urusan menggali kubur.

Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.

Menguruskan kenderaan untuk jenazah.

Ucapan takziah.
~~~ Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah ~~~(Kandungan)
Sifat berani.
Sabar.
Amanah.
Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

~~~ Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah ~~~(Kandungan)
Sediakan tempat mandi.
Sabun mandi.
Air daun bidara.
Air bersih.
Sugi - 7 batang.
Sarung tangan - 3 atau 5.
Sedikit kapas.
Air kapur barus.
Baldi serta gayong.
Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :
Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa
Gunting
Kapas
Cendana
Kapur barus
Air mawar
Minyak wangi (Minyak Attar)
Tikar jerami
Bantal (dari daun pandan)
Tempat mandi yang khas.

~~~ Cara memandikan Jenazah ~~~(Kandungan)
Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
Sediakan air sabun.
Sediakan air kapur barus.
Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.
Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :

Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :
"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"

Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :
"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"

Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
Siram sebelah kanan 3 kali.
Siram sebelah kiri 3 kali.
Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
Lepas itu siram dengan air kapur barus.
Lepas itu wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :
"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"
"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"
Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.

Siram dengan air sembilan.
Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.

Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).
Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

~~~ Cara-cara mengkafankan jenazah ~~~(Kandungan)

Pertama : Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.

Kedua : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.
Ketiga : Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya
Keempat : Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.
Kelima : Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.

Keenam : Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.
Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.
Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi.

Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.


Sumber : Internet