Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok
Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh ‘Ulama’ Ulung , guru agama Islam yang
agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu
pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20.
Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci
Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau
disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali
keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi
tanpa belajar).
Tok Kenali - Tokoh Besar Ulama Kelantan
Bagi seseorang yang mengkaji sejarah tanah air,
lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah kelantan’ maka dia secara langsung atau
tidak, akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali
adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini
menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar pada beberapa tempat di
Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah
“Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan
majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang
bersemarak di masa ini.
Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita ialah
perjuangan dan penghidupan Tok Kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima
pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali , (1058-1111M)
seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat
pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran
kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman
silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya
hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M),
seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran
sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara menyeluruh menyedar
dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik,
sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di
kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan
akhir zaman Syaikh itu.
Untuk selanjutnya marilah sama-sama kita mengikuti
garis-garis perjuangan beliau dan cebisan riwayat hidup beliau sebagai berikut:
Kelahiran Tok Kenali
Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota
Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof
(pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan
Muhammad II (1837-1886M). Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala
Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan
murni.
Latar Belakangnya
Muhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana,
dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya
seorang petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya
adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya.
Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad
Yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu
dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis.
Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota
Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran
Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.
Isterinya ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan
empat orang anak, iaitu Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi.
Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang
lebai, warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup,
seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar
berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan Allah.
Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5
tahun. Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh
bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Di samping itu, nenek perempuan
tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk
pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan. Menurutnya
pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk
dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.
Kebolehan Luar Biasa
Kecenderungan Tuk Kenali dalam pelajaran adalah nyata
sejak kecil lagi. Perasaan ingin maju dan ingin tahu adalah meluap-luap di
dadanya. Dalam tempoh yang pendek dia telah dapat mengkhatami pembacaan kitab
suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik. Kerana itu tidaklah hairan mengapa
dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya untuk menjadi seorang kerani sebagai
pembantunya dalam mengira dan menguruskan hasil-hasil tanaman dan kebun di
kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara tujuh ke lapan tahun.
Dalam beberapa laporan lain, misalnya laporan dari salah
seorang penduduk Kubang Kerian yang menceritakan pada wartawan Majalah Tiga
yang ditayangkan pada Sabtu, 13 Jun 2009.Pemuda itu menceritakan bahawa ayahnya
telah menceritakan kepadanya tentang kisah kebolehan Tok Kenali.Bapanya
menceritakan bahawa pada suatu ketika, di sebuah kampung di Kelantan,
terdapatnya beberapa masyarakat Melayu Kelantan lama yang suka menyabung ayam
dan menyabung lembu,keadaan pesta menyabung itu sangat bising dan hiruk pikuk
lantaran keasyikan masyarakat yang suka pada perbuatan menyabung haiwan,(pada
kebiasaannya perbuatan menyabung haiwan dapat menyebabkan masyarakat penyabung
terdedah dengan kegiatan judi dan pergaduhan).Oleh demikian,Tok Kenali dan
beberapa orang kampung telah terganggu akan kebisingan pesta sehinggakan Tok
Kenali pada waktu itu beranggapan dan melafazkan bahawa terdapatnya rumah
terbakar di kampung itu. Dengan kuasa Allah, pada petang hari pesta menyabung
itu juga, kebanyakan daripada rumah-rumah penyabung haiwan itu telah dijilat
api keseluruhannya. Maka begitulah kekuasaan Allah SWT terhadap hamba-Nya yang
beriman dan ingkar.
Menyambung Pelajaran Ke Kota Bahru
Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun,
Muhammad Yusof telah mengambil langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota
Bharu. Tempat pertama yang ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana
terdapat beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh
ceruk Negeri Kelantan menyambung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid besar
ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.
Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan
Haji Wan Ismail (ayahanda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato'
Nik Mahmud) Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi
“Mufti Kerajaan Kelantan”’ Selain itu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj.
Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman
(Wan Ali) Kutan dan kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.
Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah
Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh
cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M
(1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci
Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam
yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di Lautan
Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.
Penghidupan Tok Kenali di Tanah Suci Mekah
Pemergian Tok Kenali ke Tanah Suci Mekah adalah
semata-mata atas bantuan daripada sahabat dan kenalan beliau di Kota Bharu yang
berjumlah kira-kira RM50.00 dan sumbangan daripada ibunya cuma berjumlah
RM22.00. Kesukaran yang di hadapi Tok Kenali di rantau orang tidak dapat
digambarkan lagi. Hampir tujuh bulan beliau di sana tanpa tempat kediaman yang
tetap. Semasa itu beliau menginap di serambi Masjidil Haram, Mekah, dan hanya
dapat tidur serta berehat-rehat bila menjelang sesuku malam disebabkan Masjidil
Haram merupakan pusat ibadat tawaf, sa’i, sembayang dan sebagainya.
Pakaiannya sederhana, begitu juga tentang pemilihan
makanannya untuk menampung kekosongan di waktu pagi dan petang. Memandangkan
kedudukan ini, beliau pernah ditugaskan menjadi tukang masak sementara dalam
sesuatu perkelahan atau antara kawan-kawannya di wadi-wadi (lembahan) dan di
pinggir-pinggir bukit-bukit nan tandus.
Perkembangan Pelajaran
Sebelum beliau keluar negeri dahulu, beliau telahpun
mempunyai pengetahuan-pengetahuan asas dalam pelajaran-pelajaran yang telah
dipelajari ketika itu . Beliau telah pun menguasai pengetahuan bahasa arab
(Nahu dan Sarafnya) bagi mengikuti setiap segi jurusan pengetahuan agama di
masa itu. Perkara-perkara ini adalah melayakkan Tuk Kenali untuk menerima dan
mengikuti pelajaran-pelajarannya yang sedang berkembang dewasa ini di Tanah
Suci Makkah.
Tuk Kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa kitab.
Di samping itu juga beliau terpaksa membaca di kedai-kedai kitab dengan meminta
izin tuan-tuan kedai itu untuk membaca dan menatap kitab-kitab jualannya dalam
tempoh yang agak lama dengan cara yang cermat sekali. Kitab-kitab Wakaf yang
ada dalam simpanan di Masjid Al-Haram juga dipergunakan untuk memahami
kuliah-kuliah gurunya . Selain itu, Tuk Kenali terpaksa pula meminjam
kitab-kitab gurunya sendiri. Kerana kemiskinanlah agaknya , membawa Tuk Kenali
mengharungi lautan ilmu dan kemajuan melebihi kawan-kawannya yang lain.
Jelaslah bahawa Tuk Kenali banyak sekali membaca dan
menatap kitab-kitab buah tangan ulamak dan para failasuf islam yang telah dan
sedang tersebar di dunia islam dewasa itu. Beliau juga mempunyai sifat suka
bertanya dan mengkaji pelajarannya sebelum pelajaran itu di ajar oleh gurunya
dengan mengadakan perbandingan-perbandingan sendiri dan pergalaman sendiri.
Banyak membaca dan banyak membuat kajian adalah merupakan faktor-faktor besar
dalam perkembangan ilmu seseorang pelajar atau siswa.
Antara guru-guru di Masjid yang namanya banyak
disebut-sebut oleh Tuk Kenali ialah Tuan Guru Wan Ahmad atau nama penuhnya Wan
Ahmad bin Muhammad Zain yang terkenal sebagai seorang pengarang sesudah nama
Syaikh Daud Patani. Kepada Guru inilah Tuk Kenali mendapat bimbingan dan
bantuan baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun penghidupan. Disamping itu,
terdapat beberapa orang guru dari patani dan indonesia yang mungkin mendapat
perhatian Tuk kenali disamping guru-gurunya yang terdiri daripada orang-orang
Arab.
Lawatan Tok Kenali ke Mesir
Dalam tahun 1904M, Tok Kenali telah melawat Mesir bersama
Tuan Guru Wan Ahmad, Encik Nik Mahmud (yang kemudiannya bergelar Datuk Perdana
Menteri Paduka Raja Kelantan) dan Hj. Ismail Patani. Garis-garis kasar lawatan
ini adalah menunjukkan bahawa lawatan beliau ke Mesir adalah berbentuk lawatan
sambil belajar terutama kerana mengkaji hal-hal perkembangan pelajaran yang
berhubung dengan Agama Islam di Universiti Al-Azhar dan lain-lain tempat
pengajian di sekitar kota Kahirah.
Pulang ke Tanah Air
Pada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani
pengajian selama 22 tahun di tanah suci mekah, maka Tuk kenali pun pulang ke
tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911M (1329M) beliau mula
membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat
pengajian agama di semenanjung ini. Dua tahun kemudian , beliau menjadi guru di
masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat pengetahuan
agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di Semenanjung sebagai
Serambi Mekkah.
Murid-murid dari seluruh Kelantan telah membanjiri
pondok-pondok yang terletak berderet-deret di sepanjang jalan di kawasan masjid
dan di kawasan Kubang Pasu. Selain itu, bukan sedikit murid-murid dan
pelajar-pelajar dari luar negeri datang yang menceduk pengetahuan agama
daripada guru-guru yang terkenal . Selain daripada Tuk kenali, mereka belajar
pada Tuan Guru Hj. Nik Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya
berjawatan “Mufti kelantan) dan lain-lain.
Memandang hak-hak kemasyarakatan di kampung sendiri perlu
pula dititik beratkan, maka Tuk kenali terpaksa pula menetap di kampungnya
sendiri iaitu sesudah lima tahun mengajar di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dewasa
itu pondok kenali kembali bersemarak sehingga namanya termasyur ke serata ceruk
rantau Semenanjung ini, malah sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) Kemboja,
Patani dan lain-lain. Jumlah pelajar-pelajar yang menetap di asrama (Pondok)
meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar dalam pertumbuhan pengajian Islam
dikala itu.
Dalam menjalankan tugasnya, Tuk kenali menetapkan
beberapa buah kitab pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iautu
pengajian Bahasa dan pengetahuan-pengetahuan Agama islam dalam berbagai-bagai
peringkat pelajaran. Beliau sendiri banyak mengambil peranan dalam
mengembangkan pengetahuan Bahasa Arab, manakala pelajaran-pelajaran lain
diperkembangkannya selaras dengan kehendak-kehendak masyarakat dewasa itu.
Murid-murid beliau yang telah matang dalam pengajiannya dilantiknya menjadi
kepala telaah (guru Kumpulan) disamping itu, kitab-kitab agama dalam tulisan
jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar dan orang-orang kampung. Menerusi
pengajian-pengajian kepada orang-orang dewasa inilah lahirnya cerita-cerita
tauladan yang kadang-kadang menggelikan, sebagai suatu cara untuk menarik
perhatian murid-murid kepada pelajaran yang sedang ditumpukan. Suatu hal yang
agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tuk kenali mengajar tanpa
kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya
dengan menggunakan kitab. Inilah menunjukkan bahawa Tuk kenali adalah seorang
yang mempunyai daya ingatan yang kuat.
Kemasyuhuran Tuk kenali telah menarik ramai pelajar Islam
dari serata ceruk semenanjung. Antara mereka ini ada yang telahpun mempunyai
kematangan dalam pengetahuan Agama islam datang untuk mengenal wajah dan
mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tuk Kenali. Antara mereka ada
yang datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya. Ini
bergantung kepada keadaan masing-masing, sebab di antara mereka ada yang
sudahpun bekerja sebagai guru agama. Qadi atau sebagainya. Untuk meminta Tuk
Kenali membaca kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di mana si peminatnya
sendiri yang akan disuruh membacanya di hadapan kumpulan pelajar-pelajar.
Sesudah itu Tuk kenali memainkan peranan memberi kefahaman dan mensyarahkan isi
kitab itu, juga memberi peluang-peluang bertanya.
Menghembus Nafas Terakhir
Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka
Tuk kenali pun dipanggil menghadap tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19
November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya.
Majalah “Pengasuh” keluaran 11 disember 1933M mencalitkan
berita tentang kematian Tuk kenali antara lain berbunyi;
“ kembali ke Darul-Baqa 1352 yang meredupkan alam
Kelantan dendan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun:.
“Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500
orang dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan disembahyang
jenazahnya lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi Ta’ala.
Tuk Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang
terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota
Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli yang
maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan
Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamanya bekas murid-murid
beliau yang ada berselerak di negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat.
Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi
kematiannya tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.
Jawatan-jawatan Tok Kenali
Tuk kenali ada di antara orang-orang yang memikul tugas
dan jawatan terpenting dalam perkembangan pengajian islam dan pertubuhan
kebudayaan timur yang berteraskan islam di negeri Kelantan berdasarkan
jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebagai berikut:
1. Ahli Majlis Ulama Islam Kelantan (7 Disember 1951- 19
November 1933).
2. Ketua Pelajaran Agama (Pengarah Bahagian Ilmu Agama.
Bertanggungjawab memimpin Madrasah Muhammadiyyah dan penerbitan buku teks.
3. Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh (lidah rasmi
Majlis Agama Islam Kelantan dikeluarkan setiap Isnin, dijual 10 sen senaskah).
4. Anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan.
5. Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah - kumpulan ilmiah
membincangkan isu agama dan semasa.
6. Penterjemah kitab dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.
7. Guru agama di Masjid Besar al-Muhammadi, Kota Bharu.
8. Penasihat agama kepada Datuk Perdana Kelantan (Menteri
Besar).
Kegiatan-kegiatan dan Jasa Tok Kenali
Selain daripada mengajar, Tuk Kenali juga bergiat dalam
lapangan-lapangan yang berhubung dengan kemajuan agala dana kebudayaan islam.
Datu Paduka menteri Paduka Raja (Tuan haji mahmud bin ismail) dengan nasihat
beliau telah dapat membentuk Majis Agama Islam dan Adat istiadat melayu
kelantan pada 24 Disember 1915M (17 Safar 1334H). Ini adalah satu jasa yang
dapat dilihat buktinya sampai sekarang.
Semasa hendak mengeluarkan majalah pengasuh 1918M iaitu
warta majlis Agama islam dan Adat Istiadat Melayu kelantan. Tuk kenali telah
dipilih untuk menjadi ketua pengarang kehormat . pada mulanya majalah ini
dikeluarkan berupa lembaran akhbar yang mempunyai bidang besar, diterbitkan
setiap hari Isnin, senaskah berharga 10 sen. Penerbitan majalah ini juga adalah
daripada saranan dan dorongan-dorongan beliau.
Selain itu beliau telah ditugaskan oleh pihak majlis
Agama Islam kelantan untuk menterjemahkan Tafsir Al-Khazin yang bertajuk
“Lubaab at-Ta,wiil fil Ma’aani At-Tanzil” ke dalam bahasa melayu. Tugas berat
ini telah dijalankan oleh beliau dan sebahagian daripada tafsir Al-khazin telahpun
siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah ini tidak dapat dikesan sehingga
sekarang.
Juga tidak dapat dilupakan bahawa majalah Al-Hikmah
(lahir 1 julai 1923M) di mana ketua Pengarang dan penerbitnya yang berbahagia
tuan hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela negara) adalah kerap menerima
nasihat-nasihat dan fikiran-fikiran yang berguna daripada Tuk kenali. Majalah
pengetahuan ini diterbitkan tiga kali sebulan . pejabat penerbitan ini selalu
didatangi oleh Tuk kenali danaa merupakan salah satu tempat beliau membaca
surat-surat khabar dan majalah dewasa itu.
Tuk kenali adalah seorang pencinta ilmu pengetahuan. Hal
ini ternyata sekali dalam sejarah hidupnya . Beliau juga pernah menyimpan
sebuah buku cetera Raja Muda . salah sebuah buku sejarah kelantan yang penting.
Buku ini kemudiannya telah diberikan kepada pengarang buku Hikayat Seri
Kelantan.
- dalam kegiatan kemasyarakatan pula , beliau telah
melancarkan suatu getakan perhimpunan umat islam yang di namakan ‘Jam ,iyyatul
Asriyyah] ‘[Perhimpunan semasa] yang kerap membicangkan perkara-perkara hangat
dalam masyarakat [Politik] , pebincangan=perbincangan ilmu dan perhimpunan
kerana ibadat. Sebagai megekal gerakan tersebut ,maka satu bangunan telah
didirikan di tengah-tengah ibu kota dengan nama yang sama, terletak di Jalan
Tengku Petra Semarak , Kota Bharu.
Perkembangan Pengaruh
Melihatkan jawatan-jawatan penting yang telah disandang
oleh Tuk Kenali dalam masa hayatnya,juga memandang kepada kegiatan dan jasa
-jasa beliau yang cemerlang dalam perkambangan pengajian ugama dan kebudayaan
Islam di Negeri Kelantan khasnya dan Alam Melayu amnya.
Maka sudah sewajarnyalah pengaruh beliau segera
berkembang ke segenap pelusuk tanah air dalam masa yang singkat sekali.
Perkembangan-perkembangan ini adalah agak memuncak di penghujung pemerintahan
Sultan Muhammad IV (1900-1920M) dan di awal pemerintahan Sultan Ismail
(1920-1944M) . Kedua-dua baginda sultan ini adalah di antara sultan-sultan yang
banyak mencipta kemajuan negeri dalam serba lapangan, lebih-lebih lagi di
lapangan kemajuan agama Islam. Ini adalah memberi peluang yang besar kepada
perkembangan pengaruh Tuk kenali yang sedang berkembang ke seluruh tanah air,
apa lagi melihat kedudukan Tuk Kenali yang sedang berkembang ke seluruh tanah
air, apa lagi melihatkan eratnya perhubungan Tuk Kenali dengan anak tuan
gurunya dahulu iaitu dengan Hj. Nik Mahmud bin Ismail (Datuk Perdana Menteri
Paduka Raja) yang juga memegang peranan terpenting dalam pentadbiran negeri
Kelantan dewasa itu.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tersebarnya
pengetahuan Bahasa Arab dan pengetahuan-pengetahuan agama melalui pondok dan
sekolah-sekolah pondok ke seluruh Tanah melayu ini antara lain ialah daripada
jasa Tuk kenali yang menyusun kata-kata Tassrif yang kemudiannya diperkenalkan
oleh murid-muridnya terutama tuan guru Hj. Ali Shalaahuddin Pulau Pisang dan
Syaikh Uthman Jalaluluddin, Seberang Prai dalam buku Tatriful Arf- itu, Syaikh
Uthman menulis;
“Sesungguhnya hamba pungut akan dia daripada beberapa
mutiasa tasrif yang amat elok bagi guru hamba yang alim lagi yang amat ilmunya
lagi yang menghimpunkan bagi beberapa fan ilmu yang bangsa kepada agama iaitu
Muhammad Yusof yang masyhur akan gelarannya di seluruh Tanah Melayu dengan Tuk
kenali di negeri Kelantan.
Perkembangan Pondok Sekolah Agama dan Sekolah Melayu
Sistem persekolahan yang diutaamakan oleh Tuk kenali
dalam masa hayatnya ialah sistem pondok, Sistem pondok yang menggunakan
bahan-bahan pelajaran yang berdasarkan kitab dengan mengkelas-kelaskan kitab
kepada pengajian peringkat rendah, menengah atas dana tinggi yang dipelajari
secara berkelompok (berhalqah) di masjid atau madrasah (balaisah) . Manakala
pelajar-pelajar yang tinggal di pondok-pondok (Asrama) di bawah bimbingan Tuk
kenali, telah melahirkan beberapa orang tokoh ulamak. Tuan-tuan guru (tok
guru_, pendakwah, pengarang yang terkenal yang datang dari beberapa tempat di
seluruh tanah Melayu , sumatera, kemboja dan lain-lain.
Guru-guru pondok lepasan kenali inilah kemudiannya
tersebar keseluruhan rantau ini di mana mereka menghidupkan pula sistem pondok.
Adalah agak luar biasa, di samping menggalakkan sistem
pondok, Tuk kenali sebagai pencinta ilmu, tidaaklah menghalang wujudnya sistem
persekolahan.
Tertubuhnya Agama islam dan adat istiadat melayu kelantan
padaa tahun 1915M yang sudahpun mempunyai rancangana mendidikan sekolah-sekolah
Agama islam di kelantan , adalah juga dengan mendapat nasihat daripada Tuk
kenali. Maka pada 5 Ogos 1917M ditubuhkan sebuah Sekolah Agama berbahasa
pengantar melayu yang menitik beratkan Bahasa Arab, dengan nama “Al-Madrasah
Al-Muhammadiyyah Al-Kilantaniyyah”. Sekolah ini juga mengadakan pelajaran
bahasa inggeris di sebelah petangnya.
Jadi, Tuk Kenali sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam di Kelantan
adalah memainkan peranan dalam pembukaan dan perlaksaan sekolah ini. Sekolah
ini lebih dikenal dengan nama “ Sekolah Agama Majlis”.
Kemudian pada tahun 1937 bila lahirnya sekolah aliran
bahasa arab di Majlis dengan nama “Majlis Al-Muhammadiyyah Al-Arabiyyah”
barulah Sekolah Agama Majlis tadi bertukar nama dengan “Sekolah Melayu Majlis”,
manakala sekolah yang baru tadi disebut “Sekolah Arab Majlis”. Akhir sekolah
aliran melayu ini diserapkan secara beransur-ansur ke dalam Bahasa Arab sesudah
dia dipindahkan ke bangunan Maahad Al-Muhammadi sekarang ( sebagai ekoran
daripada sekolah aliran arab tadi )
Keberkatan usaha beliau ini membawa Syaikh Uthman
Jalaludin Al-Kilatani membuka sekolah arab Manaabi’ Ai-’Uluum, Bukit mertajam
pada tahun 1934 (1353). Demikian juga Tuan Guru Hj. Ali Salaahudin membuka
madrasah Al-Falaah di Pulau Pinang di mana kedua-dua madrasah ini lebih
berbentuk pondok (sistem pondok).
Di samping itu beliau juga adalah dianggap sebagai
pendorong pembukaan sebahagian sekolah-sekolah Melayu di Kelantan ini seperti
Sekolah Melayu Kubang Kerian 1920M, Sekolah Melayu Mentuan, dan lain-lain.
Beliau tidaklah memusuhi pembukaan sekolah-sekolah seperti ini selagi pelajaran
yang diajar tidak menyelaweng daripada ajaran islam yang suci.
Tok Kenali Melahirkan Angkatan Pengarang
Di antara murid-murid Tuk kenali terdapat suatu golongan
atau angkatan pengarang buku-buku agama yang mempunyai kedudukan yang baik di
kalangan masyarakat Islam di dunia sebelah sini. Mereka ialah”
1. Dr. Syaikh Muhammad idris Al-Marbawi, seorang pujangga
Islam yang banyak memberio sumbangan dalam perkembangan ajaran-ajaran Isdlam
dengan kamusnya “Kamus Al- Marbawi” (Arab-Melayu) dan kitab-kitab karyanya yang
banyak di lapangan Agama Islam.
2. Saahib Al-Fadhilah Datuk Hj. Ahmad mahir, Mufti
Kerajaan kelantan yang juga seorang pengarang.
3. Syaikh uthman Jalaluddin Al-Kilantani, seorang
pengarang buku-buku agama dan seorang guru.
4. Tuan guru Hj. Yaakub bin Ismail. Legor, Selatan
Thailand.
5. Saahib Al-Fadhilah, Datuk Hj. Ismail bin Yusoff, Mufti
Kerajaan kelantan.
6. Asy-Syaikh Muhammad Salih Tuk kenali, Makkah
Al-Mukarramah Saudi Arabia.
7. Yang Berbahagia Hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela
Negara) pengarang majalah Al-Hikmah***(1923M) yang banyak mendidik bakat-bakat
penulis dan pengarang-pengarang sebelum perang.
8. Tuan guru Hj. Ali Salahuddin, seorang guru agama
terkenal yang juga menjadi seorang pengarang.
9. Tuan Guru Hj. Abdullah Tahir, seorang guru agama
terkenal yang juga menjadi seorang pengarang.
10. Tuan Guru Hj. Yaakub bin Hj. Ahmad , lorong Gajah
mati, kota Bharu adalah seorang guru agama dan seorang pengarang.
11. Yang berbahagia Datuk Hj. Hassan Yunus Al-Azhari,
Bekas Menteri Besar Johor , ahli politikyang juga menjadi seorang pengarang.
Selain murid-murid beliau yang berbakat, terdapat pula
cahaya-cahaya mata Tuk kenali yang turut memperkembangkan pengajaran
ayahndanya, mereka ialah
1. Al-Marhum Hj. Ahmad Tuk Kenali, guru agama di pondok
kenali dan guru yang mengajar pada beberapa buah surau dalam beberapa jajahan,
daerah Negeri Kelantan.
2. Hj. Mahmud, wakil Syaikh haji , makkah.
3. Hj. Mohd Salleh Tuk Kenali, guru agama di kota suci
Makkah dan seorang pengarang buku-buku dan risalah-risalah agama. Beliau
mendirikan persatuan “Darul-Islah” bertempat di Maulid nabi, Suatu persatuan
astu perhimpunan kaum Muslimin dari Tanah melayu, patani, kemboja, Indonesia
dan lain-lain yang datang ke Tanah Suci makkah terutamanya di musim-musim haji,
di mana Tuk kenali diperkenal dan jasanya diperkenangkan. Suatu persatuan lagi
didirikan oleh beliau dengan nama “Darul-Quran (Persatuan Al-quran) bertempat
di Misfalah, Makkah.
4. Hj. Abdullah Zawawi, lulusan kuliah Syariah, makkah.
Berkecimpung di bidang pendidikan dan menjadi pengetua sekolah-sekolah menengah
di Kerajaan Arab Saudi dan Nigeria.
Peribadi dan Sifat-sifat Utama[sunting | sunting sumber]
Tuk kenali bukan hanya terkenal sebagai salah seorang
ulamak besar sahaja, malah terkenal pula sebagai tokoh yang mempunyai
sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakat islam.
Antara sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakatt
islam. Antara si fat-sifat tersebut ialah:
a) Sangat menghormati dan memuliai ibu
b) Pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin
dan anak-anak.
C) Seorang yang sabar, tidak lekas marah.
D) Suka berjalan kaki sahaja sebagai suatu langkah
latihan melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.
E) mengamalkan hidup berdikari. Beliau membeli sendiri di
pasar.
F) suka membaca dan menatap, baik buku-buku atau
majalah-majalah di mana-mana sahaja beliau berada.
G) Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur kerap
berbantalkan lengan.
H) pakaian beliau amat sederhana.
Sebenarnya Tuk kenali ialah seorang “wali” atau seorang
sufi disebabkan berlaku perkara luar biasa pada dirinya dan tidak inginkan
kemegahan dan kesenangan hidup yang berlebihan. Tambahan pula memandang
makhluk-makhluk lain dengan pandangan yang penuh bertimbang rasa dan kasihan
belas.
Tok Kenali dan Hal-hal Kemasyarakatan[sunting | sunting
sumber]
Sewaktu melancarkan pengajaran-pengajarannya, Tuk kenali
didapati agak gemar sekali membincangkan hal-hal politik tanah air. Semasa
hayatnya Tuk kenali tidak memisahkan politik daripada bidang pelajaran, malah
beliau tidak mengenal pemisahan antara. Agama islam yang difahami dengan politik.
Ini adalah merupakan suatu cara menyesuaikan pengajarannya dengan
masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dengan alam keliling. Kerana itu dalam
pengajarannya beliau mengemukakan beberapa anjuran melalui cerita-cerita
tauladan yang berkesan antaranya: ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan kuasailah
pengetahuan agama dan politik ilmu itu apa yang terguris dalam hati pengetahuan
manusia terbatas. Mengaku salah jika bersalah. Sunnah Tuhan sudahlah wajar biar
mati adat, jangan mati syarak. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Bertanya pada yang tahu. Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya. Doa adalah
senjata orang mukmin. (Cerpen-cerpen Tuk Kenali” oleh AQHAS - halaman 76),
Terbitan baru dengan tajuk cerpen-cerpen warisan Tuk Kenali).
Tok Kenali dan Puisi
Dalam masa menyampaikan pengajarannya, disamapaing
mengutarakan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis nabi Muhammad S.A.W , maka
terhamburlah dari mulut beliau beberapa rangkap syair dan kata-kata hikmat bak
mutiara gugur dari untainya.
Di sini dibentangkan sebuah syair yang pernah dikeluarkan
oleh Tuk Kenali iaitu:
Bahaya Merokok:
Perokok itu terhina, dungu, membazir dan keji, kerendahan
bagi penagihnya, pasti, Darinya menguap kentut yang busuk dan diluati. Kepulan
asap dari bibirnya mengasapi muka dana peribadi.
Antara kata-kata hikmatnya:
“orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu”
“mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran”,
Pengaruh Imam Al-Ghazali[sunting | sunting sumber]
Melihatkan peribadi dana sikap hidupnya, nyatakan bahawa
Tuk kenali adalah terpengaruh oleh ajaran-ajaran Failasuf islam Iman Ghazali,
seorang ahli Tasauf yang sampai kepada darjat “hakikat” mengenal diri dan
Tuhannya, ingin mencapai kebahagiaan dan kesucian yang setinggi-tingginya dalam
penghidupan yang singkat ini, kemewahan hidup yang terhad dan sifat tidak
membesar diri adalah nyata sekali dalam penghidupannya.
Unsur-unsur ini adalah terkandung dalam adoa yang
dikumpul dan digubah oleh Iman Al-Ghazali dalam kitabnya “Ayyuhai Walad” (Wahai
Anak) yang menjadi amalan Tuk Kenali dan murid-murid beliau sehingga sesudah
itu dikenal pula dengan “Doa Tuk Kenali” (Doa mengiringi sembahyang Lima Waktu)
yang antara lain bererti:
wahai tuhan, sesungguhnya saya pohon pada Engkau
pemberiannya sempurna , kesihatan yang berkekalan, rahmat yang menyeluruh dan
kesegaran yang berguna. Saya pohonkan daripada Engkau puncak kesenangan hidup,
puncak kebahagiaan umur, kesempurnaan kebaikan, juga keluasan pemberian dan
kesopanan yang lebih berfaedah.”
Tuhanku, Tolonglah kami dan jangan pula kami ditindas.
Tuhanku, Bahagiakanlah kesudahan hidup kami, buktikanlah hasrat kami dengan
penambahan amalan. Susilah kesegaran dikala berpagi-pagi dan berpetang-petang.
Wahai Tuhanku, tumpahkanlah rahmat engkau di tempat
kembali kami dan kesudahan kami dan tuangkanlah dulang kemaafan ke atas
dosa-dosa kami dan kurniakanlah pembaikan kepada keaifan-keaifan kami dan
berikanlah kegiatan kami pada agama engkau. Kepada Engkau kami berserah dan kepada
engkau kami menggantung harapan”.
Meninjau kepada beberapa segi yang telah dikemukakan di
atas, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa Tuk kenali adalah salah
seorang tokoh ulama terkenal dan pembangun fikiran Umat Islam di dunia sebelah
juga tidaklah salah jika dikatakan bahawa selagi terbitnya majalah pengasuh ke
alam persuratan melayu, maka selama itulah Tuk Kenali dikenangan, seterusnya
tidaklah merupakan suatu penonjolan jika dikatakan bahawa selagi wujudnya
majlis Agama islam dan Adat istiadat melayu kelantan” maka selama itulah ?Tuk
Kenali masih disebut dan dikenali.
NAMA sebenar Tok Kenali (1870-1933) ialah Muhammad Yusof
bin Ahmad dilahirkan di belakang Masjid Shaalihiy (masjid lama), Kubang Kerian
atau dulunya dikenali sebagai Kampung Kenali pada tahun 1870 Masihi (1287
Hijrah). Beliau lebih dikenali sebagai “Awang” dan kemudiannya disebut “Awang
Kenali” (panggilan manja kepada seorang anak lelaki). Ibunya bernama Hajjah
Fatimah manakala bapanya Ahmad adalah seorang petani juga mempunyai sedikit
sebanyak ilmu pengetahuan beragama.
Tok Kenali mendapat pendidikan menulis daripada datuknya
sendiri, Tok Leh (seorang Imam dan lebai iaitu orang yang kuat beragama) di
Kampung Kenali sebelum perang Jepun. Selain itu, Tok Kenali juga diajar membaca
Al-Quran selain menulis jawi. Dikatakan juga penulisan jawinya agak pantas.
Setelah bapanya meninggal dunia, Tok Kenali terus di
bawah jagaan datuknya dan turut diasuh oleh neneknya yang tiri, Tok Mek Ngah
(Mak Kecik) selain turut diawasi oleh ibunya Hajjah Fatimah. Tok Kenali yang
diasuh oleh Tok Mek Ngah bagaikan “menatang minyak yang penuh” apabila setiap
makanan yang dihidangkan dimasaknya sendiri kerana dianggap secara fitrahnya
lebih bersih dan untuk mengelakkan makanan haram dan syubhat dari makanan di
luar.
Ketika usianya 7 tahun, Tok Kenali telah dilantik oleh
seorang Penggawa (Tok Kuwen) menjadi seorang kerani “hasil tanah” di mana
tugasnya ialah memungut hasil tanah, hasil tanaman dan perkebunan iaitu seorang
pemilik tanah mesti membayar hasil tanaman atau pengeluaran dari kebun mengikut
kadar hasil atau jumlah padi, durian dan kelapa. Tugas Tok Kenali juga untuk
membilang dan mendaftar pokok buah-buahan dan tanaman rakyat di kawasan
masing-masing.
Tok Kenali mula-mula menimba ilmu di rumah Encik Ismail,
seorang ulama terbilang (Datuk Perdana Paduka Raja iaitu bapa Mufti Syeikh Ab.
Rahim). Di sini Tok Kenali mempelajari kunci ilmu pengetahuan, ilmu Nahu dan
Sharafnya.
Tok Kenali juga mempelajari ilmu di Pondok Tuan Guru Haji
Ibrahim di Sungai Budor, Kota Bharu selain Tuan Haji Ab. Samad bin Mohd.
Shaalih (Tuan Tabal – 1816 hingga1891 Masihi) dan Haji Wan Ismail Haji Wan
Senik, Langgar, Kota Bharu.
Ketika usia Tok Kenali 16 tahun, beliau mendirikan
rumahtangga dengan anak perempuan Haji Shaalih Janggut bernama Mek Nik. Namun,
bahtera rumahtangga tidak kekal lama dan ketika yang sama kedua-dua datuknya
telah pulang menghadap Illahi. Tinggallah Tok Kenali seorang diri. Disebabkan
perceraian inilah, Tok Kenali menyambung pelajaran ke Mekah.
Pada tahun 1887 Masihi (1305 Hijrah), iaitu ketika usia
Tok Kenali menjengah 18 tahun, Tok Kenali belayar ke Tanah Suci Mekah dengan
tujuan untuk melanjutkan pelajaran Agama di samping melaksanakan Rukun Islam
yang kelima. Beliau ke sana hanya berbekalkan wang pemberian daripada ibunya
bernilai RM22-00. Namun, disebabkan keberkatan Tok Kenali, beliau menerima
RM50-00 daripada sahabat handainya di sana. Tempoh Tok Kenali belajar di Mekah
selama 22 tahun.
Di antara Tuan Guru yang paling disayangi Tok Kenali
ialah Wan Ahmad bin Muhammad Zain bin Mushtafa Al-Fatani yang digelarkan “Tok
Guru Wan Ngah”, seorang ulama besar dan Pengarang Melayu yang terkenal. Namanya
tersohor bukan sahaja di Tanah Suci Mekah tetapi juga sampai ke negeri Fatani,
Malaysia, Indonesia, Kemboja dan lain-lainnya. Manakala pelajaran yang menarik
perhatian Tok Kenali seperti Ilmu Nahu, Tauhid, Fiqh, Tasauf dan Tafsir
Al-Quran.
Berikut adalah guru-guru Tok Kenali sebelum beliau ke
Tanah Suci iaitu Tuan Guru Haji Ab. Samad bin Muhammad Shaalih (Tuan Tabal),
Tuan Guru Haji Ibrahim bin Yusof (Sungai Budor), Tuan Guru Haji Muhammad atau
Haji Yaakub bin Abdul Halim (Tuan Padang), Tuan Guru Haji Abbas (Atas Paloh),
Datuk Haji Ab. Malik bin Musa (Hakim Johor), Tuan Haji Awang (Atas Banggol),
dan Tuan Haji Nik Daud.
Guru-guru Tok Kenali yang berasal dari nusantara yang
mengajar di Masjid Al-Haram adalah terdiri daripada Tuan Guru Wan Ahmad bin
Muhammad Zain bin Mustafa Al-Fatani (Tok Guru Wan Ngah), Asy-Syeikh Mukhtar
Ataarid Al-Jaawiy Al-Bataawiy Al-Buqari (Bogor), Asy-Syeikh Ahmad bin Ab. Latif
Al-Khatib bin Abdullah Al-Mankabawiy Al-Jaawiy (Minangkabau), Tuan Guru Haji
Wan Ali Kutan (1253-1305 H), Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fatani dan
Tuan Guru Haji Muhammad bin Daud (Tok Api).
Manakala guru-guru Tok Kenali semasa berada di Tanah Suci
Mekah adalah terdiri daripada Al-Allamah Asy-Syeikh Hasbullah (Mesir),
Al-Allamah Asy-Syeikh ‘Ubaid (Mufti Mazhab Maliki), Al-Allamah Asy-Syeikh Muhammad
Amin (Imam Mazhab Hanafi), Al-Allamah Asy-Syeikh As-Sayyid Bakri, Al-Allamah
Asy-Syeikh Muhammad Yusof Al-Khayaat, Al-Allamah As-Sayyid Abdullah bin
As-Sayyid Muhammad Shaalih Az-Zawawi (Mufti Mekah dan guru di Masjid Al-Haram).
Berkat rumahtangga yang bahagia hasil perkahwinannya
dengan Hajjah Ruqayyah, Tok Kenali dikurniakan empat orang putera yang
diberikan pendidikan Islam yang turut menjadi orang alim, guru, pendidik, ustaz
dan pendakwah seperti Tuan Guru Haji Ahmad (1909 – 1979), Tuan Guru Haji Muhd.
Shaalih (1911 – 1984), Tuan Haji Mahmud (Lahir 1913) dan Ustaz Haji Abdullah
Zawawi (Lahir 1926).
Sementara itu, murid-murid Tok Kenali adalah terdiri
daripada Pahlawan Mat Kelantan (berusia 152 tahun), Tuan Haji Ahmad bin Ismail
(Datuk Lela Negara dan Tokoh Penulis), Tuan Guru Haji Ali Solahuddin atau Tok
Syibawaih (Pulau Pisang), Lebai Ahmad (Mat Tokba), Tuan Guru Haji Muhammad bin
Haji Yusof (meninggal 16 Ramadan, 1391 H). Lain-lain murid Tok Kenali seperti
Tuan Guru Haji Muhd. Nor bin Abdullah (But), Tuan Guru Haji Ab. Qadir bin
Sulaiman (Melor), Tuan Guru Haji Ismail Yusof (Mufti), Tuan Guru Haji Yaakub
bin Ismail (Legor, Siam), Tuan Guru Haji Abdullah Tahir bin Haji Ahmad (Bunut
Payong), Tuan Guru Haji Ahmad bin Idris (Pauh), Tuan Guru Haji Yaakub bin Haji
Ahmad (Lorong Gajah Mati, Kota Bharu) dan Tuan Guru Haji Daud bin Haji Umar
(Bukit Abal, Pasir Puteh).
Murid-murid Tok Kenali yang menjadi Mufti terdiri
daripada Saahib As-Samaahah Datuk Haji Ahmad Maher bin Haji Ismail (Mufti
Kerajaan Kelantan: 1946-1968), Saahib As-Samaahah Datuk Mufti Haji Ismail bin
Yusof (Mufti Kerajaan Kelantan: 1987-1988), Saahib As-Samaahah Tuan Haji Hassan
bin Abu Bakr (Mufti Kerajaan Melaka), Saahib As-Samaahah Tuan Haji Ab. Jalil
bin Ismail (Mufti Kerajaan Selangor), Saahib As-Samaahah Tuan Dzu Al-Mukhtashar
bin Dzu Al-Fudhail (Mufti Jawa Tengah), Saahib As-Samaahah Tuan Haji Ab. Samad
(Mufti Pontianak, Kalimantan Barat) dan Saahib As-Samaahah Tuan Haji Ab. Rahman
(Mufti Mempawah, Kalimantan Barat).
Murid-murid Tok Kenali yang menjadi Kadi (Hakim Syariah
Islam) terdiri daripada Saahib Al-Fadhillah Encik Ali (Muar, Johor) dan Saahib
Al-Fadhillah Encik Hasan bin Haji Muhammad (Sumatera).
Murid-murid Tok Kenali yang menjadi Pengarang (media
persuratan atau penulisan dan dakwah menerusi lisan) seperti Dr. Asy-Syeikh
Muhd. Idris Al-Marbawiy (Tokoh Pertama Ma’al Hijrah: 1896-1989), Asy-Syeikh
Uthman Jalaluddin Al-Kilantani (1867-1952), Tuan Guru Haji Abdullah Tahir bin
Haji Ahmad (1315-1381), Saahib As-Samaahah Datuk Mufti Haji Ismail bin Yusof,
Yang Berhormat Datuk Haji Hassan Yunus Al-Azahari (Menteri Besar Johor), Tuan
Guru Haji Ali Solahuddin bin Awang (1902-1968), Tuan Guru Haji As’ad bin Haji
Daud (1886-1941), Tuan Guru Haji Yaakub bin Haji Ahmad (1893-1956), Tuan Guru Haji
Daud bin Haji Umar (Bukit Abal, 1901-1976), Tuan Guru Haji Ya’quub bin Ismail
(Legor, Siam), Al-Adiib Tuan Haji Ahmad bin Ismail (Datuk Lela Negara),
Al-Adiib Ab. Qaadir Adabi bin Muhammad, Al-Adiib Ustaz Haji Harun bin Muhammad
Al-Kilantani (Pulau Pinang), Al-Adiib Kiyai Tuan Haji Abdullah bin Nuh
(Indonesia), Saahib As-Smaahah Datuk Mufti Haji Ahmad Maher bin Haji Ismail dan
Tuan Guru Haji Ab. Rahman (Lubuk Tapah, Pasir Mas).
Manakala tentang gelaran Serambi Mekah pula: kalau di
abad ke-17 Masehi, Aceh terkenal dengan gelaran Serambi Mekah disebabkan tempat
laluan ilmu sebelum menyambungnya ke Mekah. Tetapi peranan berkenaan diambil
pula oleh Kelantan pada abad ke-20 yang terkenal sebagai Serambi Mekah yang
dimainkan oleh Tok Kenali dan murid-muridnya.
Tok Kenali menghadap Illahi sebagai Wali Allah yang
agong. Seorang yang muhyiddin dan mussawwir pada tanggal 19.11.1933 dalam usia
65 tahun. Kira-kira 2,500 orang hadir dan lebih kurang 1,000 orang
menyembahyangkan jenazahnya di hari kewafatannya.
Nama Tok Kenali tidak asing lagi di negara ini, dan satu
ketika dulu pengaruh beliau cukup kuat hingga sampai ke Patani. Beliau
mempunyai peranan langsung terhadap kebangkitan Islam di Kelantan pada zaman
kegemilangannya hingga mendapat julukan ‘Serambi Makkah’. Di samping mengajar,
Tok Kenali aktif dalam penulisan, urusan kemasyarakatan dan juga pemerintahan.
Beliau adalah orang penting di belakang penerbitan majalah ‘Pengasuh’. Pernah
menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Ahli Majlis
(Dewan) Ulama. Tok Kenali berpesan kepada murid-muridnya, antara lain, “Mengaji
sungguh-sungguh” dan “Buka pondok”. Sekitar dua dekad pertama abad ke-20 itu,
era pondok-pondok pengajian berkembang begitu pesat hasil sumbangan barisan
pelapis yang mendapat asuhan dan tarbiah secara langsung dari Tok Kenali serta
tokoh-tokoh ulama lain di Kelantan. Murid-murid Tok Kenali datang dari merata tempat
terutamanya Kelantan, Kedah dan Terengganu. Menurut sumber yang boleh dipegang,
Tok Kenali mengamalkan Tareqat Ahmadiah. Beliau dikurniakan banyak karamah,
kelebihan yang pelik-pelik tetapi benar berlaku. Telah menjadi satu kebiasaan
baginya, bila hendak pergi mengaji Al Quran, dia akan letakkan sebotol air
putih di tepi pintu di sebelah dalam rumahnya. Sepulangnya dari rumah guru
mengaji yang terletak berhampiran rumahnya, dia akan duduk dekat botol air itu
sambil merenung ke lantai. Kemudian dengan berdakwatkan air dari dalam botol
itu, dia menulis dengan jari di atas lantai papan. Begitulah caranya seorang
anak yang mempunyai nama timangan ‘Awang’; yang baru berusia sekitar enam tahun
ketika itu, berusaha menghafaz ilmu yang baru dipelajarinya. Awang memang
dianugerahi ALLAH kepintaran di samping mempunyai sifat ingin tahu dan ingin
maju yang kuat. Dengan beberapa kali ajar dan biasanya sekali ajar saja, dia
dapat menulis dan membaca Al Quran dengan tajwid dan tartilnya. Dia keberatan
apabila diminta oleh gurunya membaca ayat-ayat yang telah diajar. “Sudah kalih
(sudah dapat),” katanya ketika ditanya. Sambil senyum gembira, gurunya akan
mengubah kepada ayat-ayat baru kerana ternyata muridnya yang bernama Mohd.
Yusof itu cukup kuat ingatannya dan cerah otaknya. Kepintaran Awang Mohd Yusof
menarik perhatian Tok Penggawa (penghulu yang pada masa itu sangat besar
kuasanya) kampungnya, yang melantiknya menjadi kerani. Tugas Awang Mohd Yusof
ialah membilang pokok buah-buahan orang kampung yang mengeluarkan hasil untuk
dipungut sumbangannya yang diistilahkan sebagai cukai oleh pejabat Tok
Penggawa. Walaupun tugas itu nampak mudah tetapi yang istimewa ianya dijalankan
oleh seorang budak yang baru berusia 9 tahun. Kecemerlangan Awang Mohd Yusof
dalam bidang ilmu pengetahuan tidak berakhir di situ. Kerana tidak lama
kemudian dia meninggalkan jawatan kerani untuk memenuhi cita-citanya
melanjutkan pelajaran ke Kota Bharu. Dari situlah bermulanya perjalanan
hidupnya yang panjang untuk menguasai ilmu selama lebih 25 tahun termasuk 17
tahun di Makkah dan 5 tahun di Mesir. Dan sebaik pulang dari perantauan
menuntut ilmu, mulalah beliau menyumbang bakti kepada masyarakat ramai
khususnya dalam bidang pendidikan dan pelajaran. Menyedari peri pentingnya
menyebarkan ilmu secara yang tersusun dan berkesan, beliau membuka dua pusat
pengajian pondok di kampung kelahirannya, Kenali, dalam jajahan Kota Bharu. Di
sinilah beliau mengasuh dan mendidik, hingga melahirkan tuan-tuan guru yang
turut berjuang dengan membuka pondok-pondok pengajian di tempat masing-masing.
Sejak itu masyhurlah seorang ulama berbadan gempal, bermisai, berjanggut serta
berjambang dan gemar kepada pakaian serban jubah itu sebagai seorang wali ALLAH
dengan gelaran Tok Kenali. Tok Kenali – Mohd Yusof bin Ahmad Kejayaan Tok
Kenali dalam bidang ilmu dan kepimpinan adalah berkat asuhan dan doa ibunya,
seorang wanita solehah bernama Fatimah yang mengharapkan anaknya muncul sebagai
seorang yang mulia di sisi agama. Asuhan awal ibunya berjaya menanamkan
bibit-bibit sifat mulia pada diri beliau hingga sifat-sifat itu menjadi pakaian
dirinya sampai beliau dewasa. Dalam masa yang sama Tok Kenali mendapat
bimbingan awal datuk sebelah ibunya, yang dikenali dengan nama Tok Leh, seorang
imam kampung yang alim. Datuknya itulah yang mula-mula sekali mengajarnya
menulis dan membaca Al Quran selepas kematian bapanya Ahmad, seorang petani
warak. Sejak itu bermulalah Mohd. Yusof bin Ahmad yang akhirnya masyhur dengan
gelaran Tok Kenali itu, hidup yatim ketika baru berusia lima tahun (tahun
1873). Beliau terus dididik dan diasuh oleh datuknya Tok Leh dan beberapa orang
tuan guru kampung dengan iringan doa dan harapan ibunya. Dengan kecerdasan akal
yang dikurniakan kepadanya, Tok Kenali deras dalam menghafaz dan memahami apa
saja ilmu yang dipelajari. Sewaktu usianya mencapai 10 tahun, Tok Kenali
mendapat restu ibu dan datuknya untuk mengaji agama di bandar Kota Bharu. Tok
Kenali terpaksa berulang-alik sejauh lapan batu pergi balik dari Kampung Kenali
ke bandar Kota Bharu dengan berjalan kaki. Di Kota Bharu, beliau belajar dengan
beberapa orang tuan guru; antaranya Encik Ismail bin Mahmud (pernah menjadi
kadhi), Tuan Guru Haji Ibrahim bin Yusof (pernah menjadi Mufti Kelantan), Tuan
Guru Haji Abdul Samad bin Mohd Salleh (terkenal dengan gelaran Tuan Tabal),
Tuan Guru Haji Muhammad (yang terkenal dengan gelaran Tuan Padang), dan
beberapa orang tuan guru lain. Dalam masa beberapa tahun sahaja beliau dapat
membaca kitab-kitab seperti Al Airrumiyyah, Syarh Ibnu ‘Uqail, Al Fiyyah dan
Matamimah, yang semuanya berhubung dengan nahu saraf. Beliau juga khatam banyak
kitab dalam jurusan tauhid, feqah, tasawuf dan lain-lain. Kebolehan dan
kepintaran Tok Kenali telah memikat hati Haji Salleh Janggut sehingga
mendorongnya untuk menjodohkan anak perempuannya, Mek Nik, dengan Tok Kenali.
Tok Kenali berkahwin ketika baru berusia 16 tahun. Tetapi perkahwinan atas
kehendak orang tua itu berlangsung selama setahun sahaja, diikuti dengan
perceraian. Di sebalik peristiwa itu ada hikmah yang besar. Tok Kenali mempunyai
cita-cita besar dan hasrat yang terpendam untuk mendalami ilmu di Makkah.
Dengan berkat dorongan ibunya, yang membekalkannya wang 22 ringgit, dan galakan
dari kawan-kawan, Tok Kenali bertolak ke Tanah Suci dengan kapal layar ketika
berusia 18 tahun (sekitar tahun 1886). Pelayaran ke Makkah dengan kapal layar
yang sepatutnya memakan masa tiga bulan itu tergendala kerana kapal mengalami
kerosakan dan terpaksa mengambil masa 6 bulan untuk tiba di Makkah. Ketika
sampai di Makkah, musim haji telah berakhir. Di Makkah, hampir tujuh bulan
pertama Tok Kenali tiada tempat tinggal tetap, hanya menetap di Serambi
Masjidil Haram. Dan sesudah mempunyai tempat menginap, beliau masih gemar
beriktikaf, bermutalaah, belajar dan tidur di masjid. Tok Kenali mula hidup sederhana;
pakaiannya hanya dua pasang, kerapkali makan berlaukkan ikan kering, sedikit
tidur dan sering tidur berbantalkan lengan. Beliau juga membuat kerja-kerja
sambilan untuk menyara belanja pengajiannya, termasuk menjadi Tokang masak.
Beliau dikatakan menjadi Tokang masak di rumah seorang hartawan. Menurut
ceritanya, hartawan itu menerima Tok Kenali berkhidmat dengannya kerana
terpikat dengan kerajinan dan kehalusan akhlak beliau. Dan hartawan itu
dikatakan berasal dari Kelantan dan bermukim di Makkah. Falsafah hidup Tok
Kenali di Makkah ialah: Berbelanja ketika penuh saku, berhenti ketika tangan
kosong. Nikmat Allah melebihi bilangan rambut wajib disyukuri. Peringkat awal
beliau hanya menumpang kitab kawan, membaca di kedai-kedai buku dan di maktabah
(perpustakaan) dan di rumah-rumah kawan. Memang Tok Kenali amat gemar membaca.
Sikap itu sangat disenangi oleh gurunya, sehingga dapat pula Tok Kenali
meminjam kitab-kitab kepunyaan gurunya. Tetapi bila ada wang, beliau tidak
sayang-sayang membeli sebanyak-banyak kitab. Tok Kenali belajar dengan ramai
tuan guru dari kalangan ulama-ulama besar di Makkah. Antara gurunya yang
berbangsa Arab ialah Al ‘Alamah Syeikh Habibullah dari Mesir, Al ‘Alamah Syeikh
‘Abid, Mufti Al Malikiah, Al ‘Alamah Syeikh Muhammad Amin, imam bagi Mazhab
Hanafi, Al ‘Alamah Syeikh Bakri, Al ‘Alamah Syeikh Mohd. Yusof Al Khiadh dan Al
‘Alamah As Sayid Abdullah bin Sayid Saleh As Zawawi, Mufti Makkah. Dan di
antara guru-gurunya yang berbangsa Melayu iajah Asy Syeikh Mukhtar ‘Athar Al
Jawi Al Minangkabawi Al Bukri (Bogor), Asy Syeikh Ahmad bin Abdul Latif Al
Minangkabawi, Asy Syeikh Muhammad bin Ismail Al Fatani, Tuan Guru Haji Wan Ah’
Kutan, Tuan Guru Haji Mohd. Daud. dan Al ‘Alamah Asy Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad
Mustaffa Al Fatani. Guru pencurah ilmu biar seribu, mursyid biar satu. Dari
pada semua gurunya itu, guru dan pembimbing Tok Kenali yang utama ialah Al
‘Alamah Asy Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Zain bin Mustafa Al Fatani, yang juga
menjadi bapa angkatnya. Syeikh Wan Ahmad ini seorang ulama besar yang banyak
mengarang kitab serta menjadi pentashih kepada banyak kitab karangan ulama
Jawi, khususnya kitab-kitab karangan ulama Pattani. Syeikh Ahmad Fatani ialah
anak saudara kepada Al ‘Alamah Asy Syeikh Daud Al Fatani menerusi nasab ayahnya
Muhammad Zain yang abang kepada Syeikh Daud. Syeikh Daud ialah ulama terkemuka
di Nusantara, pembawa amalan Tareqat Syatariah. Beliau mengarang lebih daripada
50 buah kitab termasuk kitab Furu’il Masail dan Darussamin. Kerana kehalusan
budinya, Syeikh Daud mendapat gelaran ‘Al Alim al ‘Alamah al ‘Arif al Rabbani
Asy Syeikh Daud. Berkat ramainya ulama hebat yang menjadi guru kepada Tok
Kenali semasa di Makkah maka beliau muncul sebagai seorang ulama yang pakar
dalam berbagai jurusan ilmu khususnya nahu saraf dan tasawuf. Malah dalam
jurusan feqah, beliau alim empat mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan sangat arif
tentang perjalanan mazhab ikutannya iaitu Mazhab Syafi’i. Di bidang tasawuf,
Tok Kenali adalah pengikut aliran tasawuf Hujjatul Islam Imam Al Ghazali, manakala
di bidang tauhid, beliau berpegang dengan aliran tauhid ulama usuluddin yang
terkemuka, Imam Abu Hassan Asyaari dan Abu Mansur Al Maturudi. Setelah 17 tahun
di Makkah, Tok Kenali bersama gurunya Syeikh Wan Ahmad Al Fatani, melawat
Mesir. Kedatangan mereka menjadi buah mulut khususnya di kalangan para pelajar.
“Ulama besar sedang membuat kunjungan di Mesir,” begitu dihebohkan oleh orang
ramai. Diriwayatkan, bila mereka berjalan di dalam kumpulan, biasanya Tok
Kenali yang berbadan besar itu disuruh oleh tuan gurunya berjalan di depan, dan
bila saja bertemu orang yang mengajukan pertanyaan, maka Syeikh Wan Ahmad
biasanya akan berkata kepada Tok Kenali, “Awang Yusof, sila jawab.” Tok Kenali
juga sering diberi peluang menjawab soalan-soalan dalam majlis pengajian
gurunya itu. Semua soalan dijawabnya dengan tepat dan padat sehingga nama Tok
Kenali segera terkenal di kalangan penuntut-penuntut di Mesir. Secara langsung
Tok Kenali diiktiraf sebagai ulama terkemuka di kalangan cerdik pandai Mesir.
Turut bersama dalam rombongan lawatan sambil belajar itu ialah Haji Mahmud
Ismail dan Haji Ismail Fatani. Dalam rombongan itu Tok Kenali bertindak sebagai
pengurus perjalanan bagi pihak tuan gurunya. Walaupun hanya lima tahun di
Mesir, Tok Kenali banyak menimba ilmu dan pengalaman di negara yang mempunyai
ramai ulama dan terkenal dengan Universiti Al Azhar itu. Tidak lama selepas
kembali semula ke Makkah, Tok Kenali mengambil keputusan pulang ke tanahair.
Keputusan itu dibuat berdasarkan rasa hatinya bahawa segala ilmu dan pengalaman
yang diperolehi telah mencukupi untuk beliau mencurahkannya kepada umat Islam
di tanahairnya sendiri. Sementelahan pula gurunya yang disayangi Syeikh Wan
Ahmad Al Fatani telah pulang ke rahmatullah pada tahun 1325 Hijrah (1906). Tok
Kenali berkata, “Jika masih ada Syeikh Ahmad tentu aku tidak pulang lagi (ke
Kelantan).” Demikian ikrabnya hubungan Tok Kenali dengan gurunya itu. Maka pada
tahun 1327 Hijrah bersamaan 1908 Masihi, Tok Kenali pun pulang ke Kelantan.
Beliau pulang dengan kapal layar menempuh pelayaran yang mencabar, menyusur
hingga ke Singapura, kemudian terus ke Kelantan. Berita kepulangannya segera
meniti dari mulut ke mulut. Orang ramai heboh memperkatakan, “Awang Yusof sudah
kelik.” Beliau disambut meriah oleh sanak-saudara dan kawan-kawan. Beliau
tinggal bersama ibunya di Kampung Paya dalam daerah Kenali. Pada tahun
berikutnya, dengan dorongan kuat ibunya, barulah Tok Kenali mengadakan kelas
pengajian terbuka untuk orang ramai di rumahnya. Dari hari ke hari, anak
muridnya bertambah ramai. Mereka mendirikan pondok-pondok kecil di sekeliling
rumahnya untuk mengikuti kelas pengajian beliau, sembahyang berjemaah, berwirid
dan beramal. Dalam masa yang sama, Tok Kenali mengajar di Masjid Al Muhammadi
di Kota Bharu, yang ketika itu terkenal sebagai pusat pengajian tinggi. Beliau
berpegang kepada falsafah bahawa dakwah, tarbiah dan ilmu perlu disebarluaskan
kepada orang ramai. Masa mengajarnya dalam seminggu dibahagi-bahagikan: tiga
hari di Masjid Al Muhammadi dan empat hari di pondoknya di Kampung Paya.
Kemudian ibunya jatuh sakit dan kembali mengadap ALLAH Azzawajalla,
meninggalkan anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibunya dan gigih
berjuang mengembangkan ilmu ke tengah masyarakat. Selepas kematian ibunya, atas
permintaan Datuk Perdana Menteri, Tok Kenali berpindah ke Kota Bharu untuk
mencurahkan sepenuh tenaganya sebagai tenaga pengajar utama di Masjid Al
Muhammadi bersama dengan Haji Nik Abdullah, Haji Idris dan beberapa orang tuan
guru lain. Sejak itu, di sekeliling masjid itu semakin padat dengan
pondok-pondok kecil yang didiami oleh pelajaj-pelajar yang datang dari merata
tempat dan negeri. Tok Kenali memainkan peranan penting menjadikan masjid itu
sebuah pusat pengajian pondok tertinggi dan termasyhur di Tanah Melayu ketika
itu. Nama Tok Kenali semakin masyhur sebagai tuan guru yang mahir dalam ilmu
nahu dan saraf serta tasawuf. Beliau juga menguasai ilmu tafsir, Hadis, tauhid,
feqah dan sebagainya. Tok Kenali lazimnya mengajar tanpa membawa kitab; cukup
sekadar mendengar salah seorang anak muridnya membaca, kemudian beliau akan
syarahkan dan betulkan jika ada bacaan yang silap. Ternyata beliau sangat arif
tentang matan dan syarah kitab-kitab yang diajarnya. Antara kitab-kitab yang
dijadikan teks pengajiannya ialah Ihya Ulumiddin karya Hujjatul Islam Imam Al
Ghazali, Sirrus Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Al Palem-bangi dan kitab
Hikam karangan Ibnu Ato’illah. Setelah 23 tahun hidup sebatang kara, barulah
Tok Kenali mencari pasangan hidup ketika umurnya melebihi 40 tahun. Orang
pilihannya bernama Siti Ruqayah, seorang janda muda berusia 18 tahun. Berkat
perkahwinan yang bahagia itu, mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata.
Anak-anak lelaki beliau semuanya muncul sebagai tuan guru. Mereka adalah: Tuan
Guru Haji Ahmad, anak sulung yang sempat mendapat bimbingan ilmu dari ayahnya.
Beliau terkenal dengan gelaran Tok Bakok kerana rumah tempat tinggalnya di
Kenali bersebelahan dengan pondok penuntut-penuntut dari Siam yang terkenal
dengan kota Bangkok. Tok Bakok menjadi tuan guru utama di pondok peninggalan
ayahnya. Tuan Guru Haji Salleh, anak Tok Kenali yang paling lama belajar di
Makkah dan terus bermukim di sana serta mengajar di Masjidil Haram. Beliau
seorang pengarang dan telah mengarang lebih 60 buah kitab dan risalah mengenai berbagai
persoalan agama. Tuan Haji Mahmud, anak ketiga Tok Kenali, seorang yang tidak
kurang juga ilmunya, menjadi khatib tetap di masjid peninggalan ayahnya di
Kubang Kerian. Keseronokan pada akal apabila mendapat ilmu dan pengalaman,
keseronokan nafsu apabila melihat dan membuat perkara yang haram, keseronokan
jiwa ialah mengingati Allah melalui sembahyang, membaca Al Quran, berzikir,
bertahmid, bertasbih dan melihat tanda-tanda kebesaran Allah. – Abuya Ashaari
Muhammad Tuan Haji Abdullah Zawawi, anak bongsu Tok Kenali yang mendapat
didikan di Makkah sehingga ke peringkat menengah tinggi dan seterusnya memasuki
Kuliah Syariah di salah sebuah universiti di Makkah selama empat tahun dan
lulus pada tahun 1961, kemudian berkhidmat dengan kerajaan Arab Saudi sebagai
pegawai pendidikan dan pernah menjadi pengetua beberapa buah sekolah menengah
Arab di Saudi. Lima tahun selepas mengajar dan memimpin kelas pengajian di
Masjid Muhammadi, Tok Kenali mengambil keputusan pulang ke kampung untuk
menghidupkan semula pondok yang telah ditinggalkannya dahulu. Kali ini beliau
memilih tapak baru di Kampung Belukar, yang juga dalam daerah Kenali, tidak
jauh dari Kampung Paya. Beliau mengasaskan semula pondok pengajian di tapak
baru ini dengan susunan yang lebih kemas baik dari segi pembangunan lahir,
lebih-lebih lagi isi tarbiah dan ta’limnya. Tok Kenali mahu pondok pengajiannya
di Kenali itu benar-benar berkesan dari segi ilmu, tarbiah dan perjuangan
kepada anak-anak muridnya. Beliau mahu sistem pengajian pondok yang merupakan
trend pengajian paling popular pada waktu itu terus berkembang. Ini yang
diperjuangkan oleh Tok Kenali. Sistem pengajian pondok membolehkan terjalinnya
hubungan rapat antara murid dan guru, serta mewujudkan sua-sana ilmu dan amal;
menuntut ilmu bersama, sembahyang bersama dan melakukan lain-lain kegiatan
hidup bersama. Pelajar-pelajar juga dapat mencontohi perilaku mulia tuan guru
mereka dalam menjalani kehidupan sehari-hari di samping menggalakkan mereka
hidup berdikari untuk menyelesaikan keperluan hidup. Benarlah kata-kata: “Ilmu
itu adalah satu kemuliaan yang disanjung oleh orang yang mulia dan tinggi
cita-cita. Di mana ada ilmu, di situ ada penuntutnya.” Begitulah Tok Kenali, di
mana beliau berpindah, akan dituruti pula oleh anak-anak murid lamanya dan
bertambah pula dengan penuntut baru yang datang dari Kedah, Pulau Pinang,
Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Selatan Thailand dan anak-anak Kelantan
sendiri. Di antara anak-anak murid Tok Kenali yang terkemuka ialah: Syeikh
Idris Al Marbawi dari Perak, pengarang dan ulama terkenal (penyusun Kamus
Marbawi); Syeikh Othman Jalaluddin, guru pengasas pondok yang warak dan juga
seorang pengarang kitab, berasal dari Penanti; Haji Sallehuddin, Pulau Pinang;
Haji Tam, Kedah; Tuan Guru Haji Othman (Pak Man), Bukit Besar; Tuan Guru Ahmad
Lundang, Haji Ahmad Tawang; Haji Nor Bot; Haji Ali, Pulang Pisang; Haji Mat
Jebang; Tuan Guru Haji Awang Yusof pembangun pondok di Tanah Serendah Sekebun
Bunga, Kota Bharu; Tuan Guru Haji Daud bin Haji Omar, Bukit Abal, ahli tasawuf
dan tareqat yang terkemuka; Tuan Guru Haji Yaakub bin Ismail, Legor, Selatan
Thailand, Tuan Guru Haji Zainal Abidin Sura, Dungun, Terengganu, dan ramai lagi
anak murid Tok Kenali yang hebat-hebat daripada ribuan murid beliau. Di antara
pesanan penting yang disampaikan oleh Tok Kenali kepada murid-murid kanannya
ialah, “Mu buka pondok.” Syeikh Othman Jalaluddin (1880-1952), murid pembantu
kanan di Pondok Kenali, mengadu kepada gurunya Tok Kenali, mengapa beliau dua
kali gagal dalam usahanya membangunkan pondok. Tok Kenali berkata: “Mu gi ngaji
lagi, lepas tu buka pondok.” Dengan nasihat itu, Syeikh Othman, yang sebelum
itu pernah mengaji di Makkah selama 4 tahun, pergi melanjutkan pelajaran lagi
ke Tanah Suci dan belajar dengan beberapa orang guru. Beliau kemudian sempat
mengajar di Masjidil Haram untuk beberapa waktu sebelum akhirnya pulang ke
tanahair, dan pada tahun 1932 beliau berjaya membangunkan sebuah pondok
pengajian yang terkenal di Penanti, Bukit Mertajam iaitu Madrasah Manabi’ul
Ulum. Menjelang akhir hayatnya beliau sekali lagi pergi ke Makkah dan meninggal
dunia di sana pada tahun 1952. Dengan berkat kata-kata Tok Kenali yang sering
menggalakkan anak-anak muridnya membuka pondok, maka mercup tumbuhlah
pondok-pondok pengajian dengan pesat sekali. Walaupun pondok-pondok pengajian
sudah wujud sebelumnya, Tok Kenalilah orang yang menyemarakkan kebangkitan
pondok sebagai satu institusi pengajian Islam paling berpenga-ruh di negara ini
pada sekitar dua dekad awal abad ke-20 itu. Selain menubuhkan Pondok Tok
Kenali, beliau juga menjadi pengasas Jamiatul Asriyah di Kota Bharu. Pendidikan
Pondok Tok Kenali Tok Kenali menekankan teknik menghafaz pelajaran terutamanya
nahu saraf yang menjadi ibu bagi memahami kitab-kitab Arab. Begitu dengan
balaghah, bada’i, bayan dan arudh. Baginya, ilmu itu ialah apa yang difahami
dan diingati di dada, bukan semata-mata dalam tulisan di kitab. Penekanan ini
mendorong anak-anak muridnya bertungkus-lumus menghafaz terutamanya pada
malam-malam sepi di pondok penginapan masing-masing. Ramai muridnya berkata,
“Berkat Tok Kenali, mudah kami menghafaz pelajaran.” Pelajaran-pelajaran yang
perlu dihafal biasanya ditulis dengan tulisan tangan oleh Tok Kenali sendiri,
dan kemudian beliau pula yang mentasmikan hafalan murid-muridnya itu. Namun Tok
Kenali tidak pernah memarahi pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran atau
tidak mampu menghafaz. Kerana cerdik dan bodohnya seseorang itu semuanya
pemberian ALLAH SWT. Tok Kenali terus berusaha mendidik dan mengajar. Sewaktu
mengajar, Tok Kenali selalunya tidak bawa kitab. Cukup dengan mendengar salah
seorang muridnya membaca, kemudian disyarahkan dan dibetulkan di mana yang
silap. Kelaziman ini membuktikan bahawa beliau sangat arif tentang semua matan
dan syarah kitab-kitab yang diajarnya. Stail ini sukar ditiru oleh tuan-tuan
guru lain. Untuk membolehkan murid-muridnya mengulangkaji ilmu dan menghaluskan
lagi pemahaman, Tok Kenali mewujudkan halaqah-halaqah belajar di kalangan
mereka. Setiap satu halaqah kecil itu ada seorang pelajar yang lebih pandai
dilantik menjadi ketua mutalaah atau dipanggil ketua talaah. Kaedah ini
kemudian begitu popular di kalangan pelajar-pelajar pondok di merata tempat.
MENDAPAT PERKHABARAN GHAIB Perkara luar biasa yang dimiliki oleh Tok Kenali
ialah beliau dikurniakan ALLAH SWT hatif yakni perkhabaran ghaib secara
kerohanian bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang payah-payah. Kedudukan ini
rendah sedikit daripada mereka yang mendapat kasyaf. Ini satu lagi karamah Tok
Kenali. Pernah Tok Kenali mengajar jam 12 tengah malam di suatu padang sampai
berembun-embun menjelang Subuh. Murid-murid tertentu saja yang dibenarkan
hadir. Pengajian itu lebih berbenTok soal jawab (dialog). Apabila ada soalan
yang tidak dapat dijawabnya, Tok Kenali akan berkata, “Tunggu sekejap ya.” Lalu
Tok Kenali memberi salam selaku orang berbual dalam telefon, dan kelihatan
memberi perhatian (mendengar) kepada sesuatu dan kadang-kadang mengangguk.
Kemudian baru beliau beralih kepada murid yang bertanya dan menjawab soalan
tadi, seumpama “Oh, wajib hukumnya”, “Halal”, “Makruh” dan sebagainya mengikut
benTok soalan yang diajukan. Dari situ memperlihatkan bahawa Tok Kenali
mempunyai pertalian kerohanian yang bersih sehingga menghasilkan idea yang
bernas. Pada keseluruhannya Tok Kenali berpegang kepada cara pendidikan
rohaniah yang dilagang oleh Hujjatul Islam Imam Al Ghazali. Ini dapat dilihat
pada teks pengajian tasawufnya yang kebanyakannya karangan Imam Al Ghazali.
Beliau juga mengajar kitab Hikam karangan Ibnu Ato’illah yang banyak
membicarakan perjalanan hati dan para wali. Tok Kenali mempunyai syahsiah yang
tinggi dan dengan itu menjadi contoh teladan kepada murid-murid dan
pengikut-pengikutnya, baik dalam bidang ibadah, akhlak atau bidang-bidang hidup
lain yang lebih halus. KITAB-KITAB PENGAJIAN Semua kitab yang menjadi teks
pengajian di Pondok Kenali adalah kitab-kitab yang muktabar karangan
ulama-ulama aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perkara ini dipastikan sendiri oleh
Tok Kenali supaya anak-anak muridnya tidak terpesong daripada pegangan Islam yang
sebenar dan dengar itu mendatangkan keberkatan. Antara kitab-kitab itu ialah:
Tauhid: antaranya Matan Al Jauharah Al Tauhid karya Imam Ibrahim Al Laqani,
Matan As Sanusiyah karya Imam Muhammad bin Yusof As Sanusi, kitab Aqidah An
Najin karya Tuan Minal (Zainal Abidin bin Muhammad Al Fatani) dan seterusnya
kitab-kitab yang lebih besar seperti Darus Samin dan lain-lain. Feqah: di
antaranya ialah kitab Matan Safinah An Naja, Fathul Qarib, At Tahrir dan Al
Iqna’. Tok Kenali juga mengajar kitab-kitab besar seperti Al Majmu’ dan Al Umm,
kitab induk Imam Syafi’i r.a. (Dua orang daripada murid Tok Kenali dikatakan
ada berusaha menterjemahkan kita Al Umm ini). Tasawuf: di antaranya kitab
Bidayah Al Hidayah karangan Imam Al Ghazali r.a., Ayyuha Al Walid juga karangan
Imam Al Ghazali, Hidayah As Salidin (syarah kitab Bidayah Al Hidayah) karangan
Syeikh Abdul Samad Al Palimbangi, Sims As Salikin (intisari kitab Ihya
Ulumiddin karangan Imam Al Ghazali) juga karangan As Syeikh Abdul Samad Al
Palimbangi, dan tidak ketinggalan kitab Al Hikam karangan Ibnu Ato’illah.
Tafsir: antaranya Tafsir Jalalain karangan Jalaluddin Al Mahalli dan Jalaluddin
As Sayuti, Tafsir ‘Ala Al Jalalain dan Tafsir Al Khazin bertajuk Lubab At
Ta’wil Fi Ma’ani At Tanzil. Bahasa Arab (terutamanya nahu saraf): antara
kitab-kitab-nya ialah Matan Al Ajirrumiyah, Matan Al Bina, Syafh Ibnu ‘Uqail,
Matan Al Fiyyah dan syarahnya. Seterusnya kitab Usymuni dan Mughni Al Labib
karangan Ibnu Hisyam. SUMBANGAN DALAM PENULISAN Ketika Majlis Agama dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan mula mengura-urakan penerbitan sebuah majalah Islam,
yang dicadangkan oleh Tok Kenali, maka Datuk Perdana Menteri tidak nampak orang
lain untuk menggerakkan majalah itu melainkan Tok Kenali sendiri. Oleh itu
dengan inisiatif Tok Kenali sebagai tenaga penggerak utamanya, lahirlah sebuah
majalah bulanan yang dipanggil Pengasuh pada 11 Julai 1918. Tok Kenali, selaku
Ketua Pengarang Kehormatnya, banyak menghasilkan artikel untuk majalah itu yang
sebahagian daripadanya telah dikeluarkan semula dengan ulasan oleh Ustaz
Abdullah Qari dalam buku karangannya, Pusaka Tok Kenali. Dalam keluaran sulung
majalah Pengasuh, Tok Kenali antara lain membuat saranan berikut: “…maka
cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap sebuah negeri di dalam
Semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu suratkhabar yang
dipunyai oleh anak negeri sendiri supaya menepati ia utusan yang bijaksana
(Islam).” Saranan Tok Kenali itu menunjukkan beliau menyedari pentingnya umat
Islam memiliki dan menguasai media massa sebagai alat menyampaikan mesej Islam
ke tengah masyarakat. Selain menjadi tenaga penggerak Pengasuh, Tok Kenali juga
adalah penasihat dan penulis untuk sebuah lagi majalah Islam, Al Hidayah. Dalam
bidang penulisan ilmiah, Tok Kenali telah berusaha menterjemahkan kitab Al Umm
dan tafsir Al Khazan walaupun terjemahan kedua-dua kitab itu tidak sempat
disiapkan sepenuhnya. Usaha penterjemahan itu adalah atas permintaan Sultan
Kelantan sendiri menerusi surat bertarikh 15 April 1929 kepada Majlis Agama dan
Adat Istiadat Melayu Kelantan. Bagi memenuhi keperluan pelajar peringkat
rendah, Tok Kenali menyusun kitab pelajaran nahu saraf (Tasrif) yang
kemudiannya diterbitkan oleh muridnya Tuan Guru Haji Ali Solehuddin dengan
judul Ad Durus Al Kunaliyah Al Ibtidaiyah dan kitab Tasrif ‘Arf yang disusun
oleh muridnya, Syeikh Othman Jalaluddin. Di samping mempelopori penerbitan
majalah Pengasuh, Tok Kenali juga menerbitkan risalah pelajar (buletin)
Talamiz. Menurut Ustaz Abdullah Qari dalam bukunya Sumbangan Tok Kenali Kepada
Dunia Ilmu, Tok Kenali adalah juga pengarang kepada kitab Khasiat
Bintang-bintang dan Mujarrabat yang menggunakan nama pena Awang Kenali. Tok
Kenali juga banyak menulis cerita-cerita teladan, cerpen serta syair. Banyak
daripadanya dihimpun dan diterbitkan semula oleh Ustaz Abdullah Qari di bawah
tajuk, antaranya, 12 Cerpen Tok Kenali dan Tok Kadhi dan Tok Guru. Dan banyak
lagi hasil tulisan Tok Kenali, atau karya murid-muridnya yang diambil daripada
idea beliau, yang tidak dapat disenaraikan dalam ruangan yang terhad ini.
PERANAN DALAM PEMERINTAHAN Di samping mengajar dan mendidik, Tok Kenali juga
melibatkan diri dalam urusan kemasyarakatan dan juga pemerintahan. Beliau
dilantik menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Bahkan
semasa majlis ini hendak ditubuhkan pada tahun 1916, Tok Kenali telah diminta
membantu menyusun undang-undang tubuhnya. Beliau juga turut terlibat menggubal
Kanun Tanah Negeri yang meliputi persoalan pembahagian harta pusaka menurut
syariat. Kanun itu masih dipakai sehingga ke hari ini. Dalam masa yang sama,
Tok Kenali juga menjadi Ahli Majlis (Dewan) Ulama yang merupakan badan ulama
tertinggi dalam negeri Kelantan. Beliau ditugaskan sebagai Ketua Pelajaran
Agama (menyamai jawatan Penolong Mufti). Dengan itu baik secara rasmi mahupun
tidak, pendapat-pendapatnya sering diterima untuk dilaksanakan oleh pemerintah
negeri yang diketuai oleh sahabatnya, Haji Nik Mahmud bin Ismail yang
berjawatan Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar). Datuk Perdana Menteri pernah
datang menemui Tok Kenali dan bertanya, “Tok guru, apa jalan untuk kita
memajukan bandar kita, adakah dengan membuat banyak-banyak kedai perniagaan?”
Menurut cerita cucunya YB Haji Mawardi Hj Ahmad yang penulis temui, ketika
Datuk Perdana Menteri datang, Tok Kenali sedang dimandikan oleh muridnya di
kolah belakang masjid Kenali. Tok Kenali bangun ingin menghormati ketua negeri
itu tetapi sahabatnya Datuk Perdana Menteri itu berkata, “Tak payah, tak
payahlah.” Lalu dengan spontan Tok Kenali berkata, “Datuk buka sekolah
banyak-banyak, insya-ALLAH di situ akan wujud kedai-kedai, bangunan-bangunan
dan maju dengan ramai orang.” Mendengar jawapan itu, Datuk Perdana Menteri pun
balik dan mengambil keputusan melaksanakan saranan yang mulia itu. Maka sejak itu
lahirlah banyak sekolah agama dan juga sekolah kebangsaan di merata tempat
dalam negeri Kelantan. Hasilnya amat nyata, dengan adanya sekolah,
bidang-bidang lain turut wujud dan membangun. Dengan kata lain, pembangunan
lahiriah terhasil dengan sendirinya bila telah wujud pembangunan rohani yang
bermula dari pendidikan. Dampingan Tok Kenali dan Datuk Perdana Menteri itu
merupakan gandingan di antara ulama dan umarak yang amat perlu bagi sesebuah
negara yang bercita-citakan Islam. Segala keputusan berkaitan pemerintahan
adalah berdasarkan pendapat dan keputusan ulama. Kebetulan mereka berdua adalah
sahabat yang sealiran dalam cita-cita. Baginda Sultan Ismail turut menghormati
Tok Kenali sebagai seorang ulama besar. Bagindalah yang menitahkan supaya Tok
Kenali menterjemahkan kitab induk Al Umm karangan Imam Syafi’i dan kitab tafsir
Al Khazan. Kepercayaan ini diberi berdasarkan kemampuan besar Tok Kenali. Cuma
penterjemahan kitab panjang berjilid-jilid ini tidak dapat disiapkan dalam masa
hayat beliau. Istimewanya, walaupun Tok Kenali rapat dengan kerajaan dan raja
yang memerintah, namun beliau tidak pernah tunduk kepada sebarang benTok
maksiat yang dilakukan oleh penguasa dan orang ramai. Beliau hanya terlibat
dalam soal-soal kebaikan sahaja, dan sentiasa berusaha menghapuskan maksiat.
Dengan kata lain, Tok Kenali tidak menjadi ulama pengampu yang mengiyakan apa
saja yang dibuat oleh pemerintah demi menjaga kedudukan dan periuk nasi. Tok
Kenali tidak akan hadir sama sekali dalam majlis-majlis maksiat termasuk majlis
walimah (kenduri kahwin) yang bercampur maksiat sekalipun ia turut dihadiri
oleh orang-orang besar kerajaan. Orang ramai sangat memahami serta malu dengan
sikap dan pendirian Tok Kenali ini. AKHLAK DAN AMALAN KEROHANIAN Tok Kenali
terkenal sebagai orang yang sangat menghormati ibu, dan sentiasa memohonkan
restu ibunya untuk membuat sesuatu pekerjaan baru yang besar. Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud, “Syurga di bawah tapak kaki ibu.” Beliau sentiasa merendah
diri, sangat pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan
anak-anak yatim. Beliau juga seorang yang zuhud. Baginya dunia ini hanya daki
yang akan ditinggalkan pada bila-bila masa saja. Dalam hidup bermasyarakat,
beliau tidak pernah menolak jemputan atau hajat orang ramai kecuali uzur. Satu
sifat mulia Tok Kenali, jika orang terjumpa sesuatu barang kepunyaannya
terjatuh atau tertinggal maka beliau tidak mahu menerimanya jika orang itu
ingin memulangkan semula kepadanya. Kejadian ini acap kali berlaku. Tok Kenali
akan berkata, “Ambil ket mu lah tu, rezkimu.” Ada tidak pun, murid-muridnya
jika hendak memulangkan sesuatu milik Tok Kenali, ianya dipulangkan melalui Mak
Haji, panggilan bagi Hajah Ruqayah, isteri Tok Kenali. Begitulah kehalusan budi
pekerti Tok Kenali, yang merupakan hasil daripada amalan tareqat dan
penghayatan ilmu tasawuf yang diselaminya daripada kitab-kitab besar karangan
ulama-ulama muktabar seperti Al Imam Ghazali, Ibnu Ato’illah dan Syeikh Abdul
Samad Al Palimbangi. Daripada kitab-kitab yang dijadikan teks pengajiannya dalam
ilmu tasawuf, dapatlah difahami bahawa Tok Kenali menerima amalan-amalan
rohaniah yang melibatkan tawassul, wasilah dan soal-soal tareqat. Persoalan ini
terdapat dalam kitab-kitab Ihya Ulumuddin, Sirrus As Salikin dan Hikam. Di
samping mengamalkan tarekat (Tarekat Ahmadiah yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad
Idris), Tok Kenali juga banyak mengamalkan selawat nabi s.a.w, melazimkan
bacaan surah Al Ikhlas dan doa yang disusun oleh Imam Ghazali dalam bertajuk
Ayyuhal Walad (Wahai Anak). Doa ini agak panjang dan tidak dapat diperturunkan
di sini. Begitu juga dengan selawat susunan Tok Kenali. Banyak lagi amalan
peninggalan Tok Kenali termasuk amalan yang menyebut “Oh, Oh, Oh” dan “Hu, Hu,
Hu” yakni bermaksud “Huwa, Huwa, Huwa” atau “Dia Allah… Dia Allah… Dia Allah…
Dia Allah… Dia Allah.” KARAMAH TOK KENALI Banyak cerita tentang karamah Tok
Kenali sudah diselit-selitkan secara tidak langsung dalam tulisan ini namun
masih banyak lagi kejadian pelik yang benar-benar berlaku ke atas diri Tok
Kenali sebagai seorang wali ALLAH itu. Antaranya adalah seperti berikut: Tok
Kenali membenci amalan jahiliah berlaga kerbau yang masih menjadi kegemaran
orang zaman itu. Satu hari, riuh-rendah orang ramai berpesta meraikan
kemenangan kerbau laga milik Tok Deramin. Kerbau itu dipakaikan baju berhias.
Kebetulan bertembung dengan Tok Kenali, lalu beliau bertanya, “Kenapa
dipakai-pakai macam ni?” Orang di situ menjawab secara mempersenda, “Kerbau itu
panas.” Tok Kenali pun membalas jawapan itu dengan berkata, “Biar dia panas.”
Dan pada malamnya rumah Tok Deramin termasuk bangsal kerbaunya terbakar hangus.
Ada seorang yang menjala ikan tak dapat-dapat sebarang jenis ikan, lalu
bertembung dengan Tok Kenali. Tok Kenali pun memegang-megang sambil
menepuk-nepuk jalanya itu. Selepas itu orang itu menjala dengan sekali campak
(tebar) saja sudah dapat banyak sungguh ikan. Pernah berlaku beberapa kali anak
muridnya mendapati Tok Kenali menyeberangi sungai tanpa dilihat melalui
jambatan ataupun menaiki perahu. Cerita ini amat panjang. Dan Tok Kenali pula
berjalan cepat sehingga anak-anak muridnya selalu ketinggalan. “Beliau nampak
berjalan macam biasa saja tetapi selalunya beliau sampai dulu seolah-olahnya
dunia ini sempit baginya,” cerita murid-muridnya. Dalam satu majlis jamuan
buah-buahan, seorang daripada hadirin menyambut biji durian yang dikulum oleh
Tok Kenali, seraya berkata, “Tok guru, yang ni hamba hendak buat benih.”
Ternyata pokok durian yang ditanam dari biji benih yang berkat itu tumbuh
begitu subur dan menghasilkan buah durian yang bermutu tinggi serta lazat. Tok
Kenali dikatakan ada firasat yang benar. Ini dapat dibuktikan dengan ramalannya
yang betul-betul berlaku. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Takutilah firasat
orang Mukmin kerana dia melihat dengan nur (cahaya) ALLAH.” Pernah Tok Kenali
memberitahu, “Jepun akan menjajah Tanah Melayu.” Ternyata lapan tahun selepas
beliau kembali ke rahmatullah, bangsa bermata sepet itu masuk menguasai Tanah
Melayu. Tok Kenali juga pernah memberi amaran supaya bersiap sedia kerana
banjir besar akan melanda Kelantan. Beliau berkata, “Aku ada alamat akan
berlaku bah besar. Kerana itu kamu bersiap sedialah…” Setahun kemudian
berlakulah bah besar seperti yang dikasyafkan kepada Tok Kenali itu yang
terkenal dengan ‘bah merah’, yang tertera dalam catatan sejarah penting negeri
Kelantan; berlaku pada 26 Disember 1926. Ia dinamakan ‘bah merah’ kerana airnya
terlalu keruh berwarna kemerah-merahan. Air Sungai Kelantan melimpahi tebing
dan menenggelamkan bandar Kota Bharu, hingga 12 hari baru surut. Banyak jiwa
terkorban, binatang ternak mati, tanam-tanaman musnah dan rumah serta
bangunan-bangunan rosak. (Beberapa hari selepas berlaku bah besar ini, berlaku
pula kebakaran besar di Kota Bharu.) Pada satu hari secara tiba-tiba Tok Kenali
memanggil Tuan Haji Taib Kangkong, seorang murid tua yang pandai menyembelih.
“Haji Taib, mana golok sembelihanmu?” tanya Tok Kenali. “Asah golok itu!”
tambah Tok Kenali. Haji Taib memang mengetahui tiada binatang yang hendak
disembelih lalu terlanjur lidahnya untuk bertanya, “Mana kambing, Tok Guru?”
“Asahlah golok itu, insya-Allah,” balas Tok Kenali. Sesudah siap Haji Taib
mengasah golok, tiba-tiba datang dua tiga orang membawa kambing masing-masing
dan diserahkan kepada Tok Kenali. “Ha, sembelihlah kambing-kambing ni,” arah Tok
Kenali kepada murid tuanya yang cukup akur dengan perintah gurunya itu. Setelah
umurnya melebihi 60 tahun, Tok Kenali semakin uzur sehingga akhir-akhir
hayatnya beliau terlantar di rumah kerana dihinggapi sakit patah jentang;
berkudis di kaki kiri hingga berlubang merobok. Sakit tak terhingga. Tetapi Tok
Kenali terus sabar dan tenang. Lubang kudisnya semakin membesar dan di dalamnya
hidup ulat-ulat kudis. Satu hari sedang Tok Kenali mandi di tepi telaga
pondoknya, ulat itu terjatuh, lalu beliau memanggil muridnya Haji Muhammad
Gelang Tok Uban. “Mat cepat mari, ayah panggil,” jerit Hajjah Ruqaiyah yang
berada di sisi suaminya itu. Haji Muhammad segera mendapatkan Tok guru
kesayangannya itu. “Cepat Mat, selamatkan saudaraku, dia terjatuh ke dalam
lubang lalu menghilang,” arah Tok Kenali, meminta muridnya itu mencari ulat itu
dan memasukkan semula ke dalam lubang di kakinya. Ulat itu ditemui lalu Tok
Kenali sendiri yang memasukkannya ke dalam lubang kudis di kakinya itu. “Tok
guru, biar hamba buang ulat di kaki Tok guru,” pinta muridnya agar tuan gurunya
segera sembuh. Tok Kenali yang sudah rasa dirinya tidak akan lama lagi berada
di dunia fana itu berkata perlahan-lahan, “Biarlah dia hidup, dia mahu makan
seperti kita manusia juga.” Peristiwa ini mengingatkan kita kepada ujian yang
menimpa Nabi Allah Ayub a.s. yang sabar menanggung derita sakit kudis penuh
badan hingga berulat. Tidak lama kemudian sakit Tok Kenali menjadi berat.
Beliau berbaring tidak mengeluarkan apa-apa perkataan lagi. Anak-anak dan
isteri berada di sekelingnya. Cucunya YB Haji Mawardi menceritakan satu
peristiwa sahih yang beliau dapat secara langsung dari ayahnya sendiri. Tuan
Haji Ahmad Bakok, anak sulung Tok Kenali. Cerita-nya begini: Sewaktu
masing-masing berada di sekeliling Tok Kenali yang berbaring tanpa berkata
apa-apa, Tuan Guru Haji Ahmad Bakok duduk di sebelah belakang ayahnya (bantal
baring Tok Kenali ditinggikan). Suasana hening seketika. Pada masa itu Tuan
Guru Haji Ahmad mendengar kalimah Allah…, Allah…, Allah…, Allah…, Allah…, Allah…,
Allah…. dari dalam diri ayahnya. Tuan Guru Haji Ahmad bergerak ke samping
tetapi dilihat mulut ayahnya sedikit pun tidak bergerak sedangkan kalimah
Allah…, Allah…, Allah… terus kedengaran. Haji Ahmad sedar hati ayahnya hidup
dengan lafaz mulia yang terang sampai didengar oleh telinganya. “Ini cerita
sahih daripada ayah saya,” cerita YB Haji Mawardi kepada penulis. Di saat-saat
begitulah Tok Kenali kembali menemui Kekasihnya yang tercinta Allah Azzawajalla
pada bulan Syaaban 1352 Hijrah bersamaan 19 November 1933 berusia 65 tahun.
Kembalinya ulama berjiwa sufi yang dikenang jasa-jasa peninggalannya dan
menjadi suri teladan kepada generasi kini. Tok Kenali pandai dan rajin memasak
khususnya beberapa jenis masakan Arab seperti kebab. Selalu juga saya diminta
menolongnya memasak dan apabila siap dia panggil ramai-ramai makan. Untung juga
kami kerana dapat menumpang makan masakan Arab. Masakan Melayu pun dia pandai.”
Begitulah antara keistimewaan peribadi Tok Kenali menurut pandangan Haji Mohd
Nor atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ayah Nor Bot, 87 tahun. Beliau
menjadi murid Tok Kenali selama kira-kira 20 tahun. Sejak berumur dalam
lingkungan 19 tahun, Tok Ayah Nor Bot menjadi anak murid Tok Kenali selama 10
tahun di Pondok Kenali, Kubang Kerian dan 10 tahun lagi di Masjid Al Muhammadi,
Kota Bharu. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke Makkah selama 7 tahun
bersama Tuan Guru Haji Ahmad, anak sulung Tok Kenali. Semasa di Makkah, Tok
Ayah Nor Bot (Bot ialah nama tempat beliau dilahirkan) tidak dapat lagi
mengikuti perkembangan perjuangan Tok Kenali. Namun beliau mempunyai hubungan
yang sangat rapat dengan Tok Kenali sebagai murid kanan. “Hamba rasa dia (Tok
Kenali) macam ayah hamba sendiri,” kata Tok Ayah Nor Bot ketika ditemui di
rumahnya. Beliau berkata Tok Kenali pandai mengajar dengan cara yang mudah
difahami oleh murid walaupun matapelajaran rumit seperti nahu, saraf, tafsir.
Murid-muridnya pula sentiasa mendapat galakan dan bersemahgat serta
bersungguh-sungguh mentelaah dan menghafaz sehingga larut malam. “Ramai di
antara kami berlumba-lumba menghafaz ilmu terutamanya nahu saraf,” tambah Tok
Ayah Nor Bot dengan senyum berseri-seri. Kemudiannya beliau berjaya membuka
pondok di kampungnya, Bot, Kelantan. Ini pun atas galakan Tok Kenali. Masjid Beijing,
Rantau Panjang, Kelantan “Tok Kenali mengajar pada sebelah pagi selepas Isyrak
sehingga hampir Zuhur. Pada sebelah malam, tuan-tuan guru lain pula mengambil
alih mengajar. Selalu juga Tok Kenali tidak berjemaah sembahyang fardhu Isyak
kerana beliau menunaikan sembahyang Isyak pada waktu tengah malam dan diikuti
dengan sembahyang Tahajjud, berwirid dan membaca Al Quran, kadang-kadang
sehingga Subuh, dan terus berjemaah Subuh bersama kami,” cerita Tok Ayah
mengingati zaman silamnya bersama Tok guru yang disayanginya. Susunan program
hidup itu memudahkan Tok Kenali memenuhi hajat-hajat orang ramai pada masa
lapangnya. Beliau tersangat suka membesarkan pemberian orang dan sentiasa
memenuhi jemputan bagi menggembirakan hati orang ramai (kecuali jemputan kenduri
kahwin yang ada maksiat). “Tok Kenali yang saya kenali itu tidak pernah menolak
pemberian orang ramai. Kalau musim buah-buahan, silih berganti orang menziarahi
beliau untuk memberi buah-buah kadang-kadang berguni-guni banyaknya. Saya
selalu mengikuti beliau untuk tolong membawanya ke pondok dan
dibahagi-bahagikan kepada kami semua. Kadang-kadang Tok Kenali menolong beli
barang-brang keperluan penduduk pondok apabila ia keluar ke pasar. Anehnya
apabila balik dia bawa bakul penuh dengan berisikan ikan, sayur-sayur yang
diberikan oleh peniaga-peniaga pasar. Begitulah selalunya. Kemudian dia
bagi-bagikan.” Menurut Tok Ayah lagi, walaupun Tok Kenali tidak suka memarahi
muridnya, lebih-lebih lagi merotan, namun semua muridnya sangat malu dan
terlalu menghormati beliau. Beliau juga disegani kawan dan digeruni lawan.
“Ramai juga musuhnya yang tidak senang dengan peribadi dan perjuangan yang
tidak baik di belakang beliau. Anehnya tak seorang pun sanggup untuk berdepan
dengan beliau. Ini mungkin barangkali satu daripada karamah Tok Kenali yang
berjuang sungguh-sungguh membangunkan pondok,” jelas Tok Ayah lagi. Mengenai
penerbitan majalah Pengasuh, Tok Ayah tidak begitu pasti kerana pada masa itu
dia di Makkah. Tetapi apa yang dia tahu, majalah itu diterbitkan oleh Datuk
Perdana Menteri dan digerakkan oleh Tok Kenali. Peranan Tok Kenali dalam Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan terlalu besar. “Dalam setiap
mesyuarat, Tuan Mufti Haji Idris selaku pengerusi tetap bertanya kepada Tok
Kenali sebagai rujukan terakhir dalam semua masalah sama ada penting atau
tidak,” tambah beliau. Demikian kegigihan serta kebijaksanaan serta
tarbiah-tarbiah lisan, tulisan dan contoh teladan yang diberikan, menjadikan
Tok Kenali seorang pemimpin masyarakat dan tuan guru yang berwibawa. Beliau
berjaya melahirkan murid-murid dan ulama-ulama yang berjiwa sufi serta mampu
mengendalikan pondok-pondok di tempat masing-masing. Tok Kenali, seorang tokoh
pejuang, pemimpin dan guru kepada ribuan murid dan pengikut dari merata tempat di
Nusantara ini. Wallahuallam....!!! ( Mohd Yusof Bin Ahmad) Nama Tok Kenali
tidak asing lagi di negara ini, dan satu ketika dulu pengaruh beliau cukup kuat
hingga sampai ke Patani. Beliau mempunyai peranan langsung terhadap kebangkitan
Islam di Kelantan pada zaman kegemilangannya hingga mendapat julukan ‘Serambi
Makkah’. Di samping mengajar, Tok Kenali aktif dalam penulisan, urusan
kemasyarakatan dan juga pemerintahan. Beliau adalah orang penting di belakang
penerbitan majalah ‘Pengasuh’. Pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan dan Ahli Majlis (Dewan) Ulama. Tok Kenali berpesan
kepada murid-muridnya, antara lain, “Mengaji sungguh-sungguh” dan “Buka
pondok”. Sekitar dua dekad pertama abad ke-20 itu, era pondok-pondok pengajian
berkembang begitu pesat hasil sumbangan barisan pelapis yang mendapat asuhan
dan tarbiah secara langsung dari Tok Kenali serta tokoh-tokoh ulama lain di
Kelantan. Murid-murid Tok Kenali datang dari merata tempat terutamanya
Kelantan, Kedah dan Terengganu. Menurut sumber yang boleh dipegang, Tok Kenali
mengamalkan Tareqat Ahmadiah. Beliau dikurniakan banyak karamah, kelebihan yang
pelik-pelik tetapi benar berlaku. Telah menjadi satu kebiasaan baginya, bila
hendak pergi mengaji Al Quran, dia akan letakkan sebotol air putih di tepi
pintu di sebelah dalam rumahnya. Sepulangnya dari rumah guru mengaji yang
terletak berhampiran rumahnya, dia akan duduk dekat botol air itu sambil
merenung ke lantai. Kemudian dengan berdakwatkan air dari dalam botol itu, dia
menulis dengan jari di atas lantai papan. Begitulah caranya seorang anak yang
mempunyai nama timangan ‘Awang’; yang baru berusia sekitar enam tahun ketika
itu, berusaha menghafaz ilmu yang baru dipelajarinya. Awang memang dianugerahi
ALLAH kepintaran di samping mempunyai sifat ingin tahu dan ingin maju yang
kuat. Dengan beberapa kali ajar dan biasanya sekali ajar saja, dia dapat
menulis dan membaca Al Quran dengan tajwid dan tartilnya. Dia keberatan apabila
diminta oleh gurunya membaca ayat-ayat yang telah diajar. “Sudah kalih (sudah
dapat),” katanya ketika ditanya. Sambil senyum gembira, gurunya akan mengubah
kepada ayat-ayat baru kerana ternyata muridnya yang bernama Mohd. Yusof itu
cukup kuat ingatannya dan cerah otaknya. Kepintaran Awang Mohd Yusof menarik
perhatian Tok Penggawa (penghulu yang pada masa itu sangat besar kuasanya)
kampungnya, yang melantiknya menjadi kerani. Tugas Awang Mohd Yusof ialah
membilang pokok buah-buahan orang kampung yang mengeluarkan hasil untuk
dipungut sumbangannya yang diistilahkan sebagai cukai oleh pejabat Tok
Penggawa. Walaupun tugas itu nampak mudah tetapi yang istimewa ianya dijalankan
oleh seorang budak yang baru berusia 9 tahun. Kecemerlangan Awang Mohd Yusof
dalam bidang ilmu pengetahuan tidak berakhir di situ. Kerana tidak lama
kemudian dia meninggalkan jawatan kerani untuk memenuhi cita-citanya
melanjutkan pelajaran ke Kota Bharu. Dari situlah bermulanya perjalanan
hidupnya yang panjang untuk menguasai ilmu selama lebih 25 tahun termasuk 17
tahun di Makkah dan 5 tahun di Mesir. Dan sebaik pulang dari perantauan
menuntut ilmu, mulalah beliau menyumbang bakti kepada masyarakat ramai
khususnya dalam bidang pendidikan dan pelajaran. Menyedari peri pentingnya
menyebarkan ilmu secara yang tersusun dan berkesan, beliau membuka dua pusat
pengajian pondok di kampung kelahirannya, Kenali, dalam jajahan Kota Bharu. Di
sinilah beliau mengasuh dan mendidik, hingga melahirkan tuan-tuan guru yang
turut berjuang dengan membuka pondok-pondok pengajian di tempat masing-masing.
Sejak itu masyhurlah seorang ulama berbadan gempal, bermisai, berjanggut serta
berjambang dan gemar kepada pakaian serban jubah itu sebagai seorang wali ALLAH
dengan gelaran Tok Kenali. Tok Kenali – Mohd Yusof bin Ahmad Kejayaan Tok
Kenali dalam bidang ilmu dan kepimpinan adalah berkat asuhan dan doa ibunya,
seorang wanita solehah bernama Fatimah yang mengharapkan anaknya muncul sebagai
seorang yang mulia di sisi agama. Asuhan awal ibunya berjaya menanamkan
bibit-bibit sifat mulia pada diri beliau hingga sifat-sifat itu menjadi pakaian
dirinya sampai beliau dewasa. Dalam masa yang sama Tok Kenali mendapat
bimbingan awal datuk sebelah ibunya, yang dikenali dengan nama Tok Leh, seorang
imam kampung yang alim. Datuknya itulah yang mula-mula sekali mengajarnya
menulis dan membaca Al Quran selepas kematian bapanya Ahmad, seorang petani
warak. Sejak itu bermulalah Mohd. Yusof bin Ahmad yang akhirnya masyhur dengan
gelaran Tok Kenali itu, hidup yatim ketika baru berusia lima tahun (tahun
1873). Beliau terus dididik dan diasuh oleh datuknya Tok Leh dan beberapa orang
tuan guru kampung dengan iringan doa dan harapan ibunya. Dengan kecerdasan akal
yang dikurniakan kepadanya, Tok Kenali deras dalam menghafaz dan memahami apa
saja ilmu yang dipelajari. Sewaktu usianya mencapai 10 tahun, Tok Kenali
mendapat restu ibu dan datuknya untuk mengaji agama di bandar Kota Bharu. Tok
Kenali terpaksa berulang-alik sejauh lapan batu pergi balik dari Kampung Kenali
ke bandar Kota Bharu dengan berjalan kaki. Di Kota Bharu, beliau belajar dengan
beberapa orang tuan guru; antaranya Encik Ismail bin Mahmud (pernah menjadi
kadhi), Tuan Guru Haji Ibrahim bin Yusof (pernah menjadi Mufti Kelantan), Tuan
Guru Haji Abdul Samad bin Mohd Salleh (terkenal dengan gelaran Tuan Tabal),
Tuan Guru Haji Muhammad (yang terkenal dengan gelaran Tuan Padang), dan
beberapa orang tuan guru lain. Dalam masa beberapa tahun sahaja beliau dapat
membaca kitab-kitab seperti Al Airrumiyyah, Syarh Ibnu ‘Uqail, Al Fiyyah dan
Matamimah, yang semuanya berhubung dengan nahu saraf. Beliau juga khatam banyak
kitab dalam jurusan tauhid, feqah, tasawuf dan lain-lain. Kebolehan dan
kepintaran Tok Kenali telah memikat hati Haji Salleh Janggut sehingga
mendorongnya untuk menjodohkan anak perempuannya, Mek Nik, dengan Tok Kenali.
Tok Kenali berkahwin ketika baru berusia 16 tahun. Tetapi perkahwinan atas
kehendak orang tua itu berlangsung selama setahun sahaja, diikuti dengan
perceraian. Di sebalik peristiwa itu ada hikmah yang besar. Tok Kenali
mempunyai cita-cita besar dan hasrat yang terpendam untuk mendalami ilmu di
Makkah. Dengan berkat dorongan ibunya, yang membekalkannya wang 22 ringgit, dan
galakan dari kawan-kawan, Tok Kenali bertolak ke Tanah Suci dengan kapal layar
ketika berusia 18 tahun (sekitar tahun 1886). Pelayaran ke Makkah dengan kapal layar
yang sepatutnya memakan masa tiga bulan itu tergendala kerana kapal mengalami
kerosakan dan terpaksa mengambil masa 6 bulan untuk tiba di Makkah. Ketika
sampai di Makkah, musim haji telah berakhir. Di Makkah, hampir tujuh bulan
pertama Tok Kenali tiada tempat tinggal tetap, hanya menetap di Serambi
Masjidil Haram. Dan sesudah mempunyai tempat menginap, beliau masih gemar
beriktikaf, bermutalaah, belajar dan tidur di masjid. Tok Kenali mula hidup
sederhana; pakaiannya hanya dua pasang, kerapkali makan berlaukkan ikan kering,
sedikit tidur dan sering tidur berbantalkan lengan. Beliau juga membuat
kerja-kerja sambilan untuk menyara belanja pengajiannya, termasuk menjadi
Tokang masak. Beliau dikatakan menjadi Tokang masak di rumah seorang hartawan.
Menurut ceritanya, hartawan itu menerima Tok Kenali berkhidmat dengannya kerana
terpikat dengan kerajinan dan kehalusan akhlak beliau. Dan hartawan itu
dikatakan berasal dari Kelantan dan bermukim di Makkah. Falsafah hidup Tok
Kenali di Makkah ialah: Berbelanja ketika penuh saku, berhenti ketika tangan
kosong. Nikmat Allah melebihi bilangan rambut wajib disyukuri. Peringkat awal
beliau hanya menumpang kitab kawan, membaca di kedai-kedai buku dan di maktabah
(perpustakaan) dan di rumah-rumah kawan. Memang Tok Kenali amat gemar membaca.
Sikap itu sangat disenangi oleh gurunya, sehingga dapat pula Tok Kenali
meminjam kitab-kitab kepunyaan gurunya. Tetapi bila ada wang, beliau tidak
sayang-sayang membeli sebanyak-banyak kitab. Tok Kenali belajar dengan ramai
tuan guru dari kalangan ulama-ulama besar di Makkah. Antara gurunya yang
berbangsa Arab ialah Al ‘Alamah Syeikh Habibullah dari Mesir, Al ‘Alamah Syeikh
‘Abid, Mufti Al Malikiah, Al ‘Alamah Syeikh Muhammad Amin, imam bagi Mazhab
Hanafi, Al ‘Alamah Syeikh Bakri, Al ‘Alamah Syeikh Mohd. Yusof Al Khiadh dan Al
‘Alamah As Sayid Abdullah bin Sayid Saleh As Zawawi, Mufti Makkah. Dan di
antara guru-gurunya yang berbangsa Melayu iajah Asy Syeikh Mukhtar ‘Athar Al
Jawi Al Minangkabawi Al Bukri (Bogor), Asy Syeikh Ahmad bin Abdul Latif Al
Minangkabawi, Asy Syeikh Muhammad bin Ismail Al Fatani, Tuan Guru Haji Wan Ah’
Kutan, Tuan Guru Haji Mohd. Daud. dan Al ‘Alamah Asy Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad
Mustaffa Al Fatani. Guru pencurah ilmu biar seribu, mursyid biar satu. Dari
pada semua gurunya itu, guru dan pembimbing Tok Kenali yang utama ialah Al
‘Alamah Asy Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Zain bin Mustafa Al Fatani, yang juga
menjadi bapa angkatnya. Syeikh Wan Ahmad ini seorang ulama besar yang banyak
mengarang kitab serta menjadi pentashih kepada banyak kitab karangan ulama
Jawi, khususnya kitab-kitab karangan ulama Pattani. Syeikh Ahmad Fatani ialah
anak saudara kepada Al ‘Alamah Asy Syeikh Daud Al Fatani menerusi nasab ayahnya
Muhammad Zain yang abang kepada Syeikh Daud. Syeikh Daud ialah ulama terkemuka
di Nusantara, pembawa amalan Tareqat Syatariah. Beliau mengarang lebih daripada
50 buah kitab termasuk kitab Furu’il Masail dan Darussamin. Kerana kehalusan
budinya, Syeikh Daud mendapat gelaran ‘Al Alim al ‘Alamah al ‘Arif al Rabbani Asy
Syeikh Daud. Berkat ramainya ulama hebat yang menjadi guru kepada Tok Kenali
semasa di Makkah maka beliau muncul sebagai seorang ulama yang pakar dalam
berbagai jurusan ilmu khususnya nahu saraf dan tasawuf. Malah dalam jurusan
feqah, beliau alim empat mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan sangat arif tentang
perjalanan mazhab ikutannya iaitu Mazhab Syafi’i. Di bidang tasawuf, Tok Kenali
adalah pengikut aliran tasawuf Hujjatul Islam Imam Al Ghazali, manakala di
bidang tauhid, beliau berpegang dengan aliran tauhid ulama usuluddin yang
terkemuka, Imam Abu Hassan Asyaari dan Abu Mansur Al Maturudi. Setelah 17 tahun
di Makkah, Tok Kenali bersama gurunya Syeikh Wan Ahmad Al Fatani, melawat
Mesir. Kedatangan mereka menjadi buah mulut khususnya di kalangan para pelajar.
“Ulama besar sedang membuat kunjungan di Mesir,” begitu dihebohkan oleh orang
ramai. Diriwayatkan, bila mereka berjalan di dalam kumpulan, biasanya Tok
Kenali yang berbadan besar itu disuruh oleh tuan gurunya berjalan di depan, dan
bila saja bertemu orang yang mengajukan pertanyaan, maka Syeikh Wan Ahmad
biasanya akan berkata kepada Tok Kenali, “Awang Yusof, sila jawab.” Tok Kenali
juga sering diberi peluang menjawab soalan-soalan dalam majlis pengajian
gurunya itu. Semua soalan dijawabnya dengan tepat dan padat sehingga nama Tok
Kenali segera terkenal di kalangan penuntut-penuntut di Mesir. Secara langsung
Tok Kenali diiktiraf sebagai ulama terkemuka di kalangan cerdik pandai Mesir.
Turut bersama dalam rombongan lawatan sambil belajar itu ialah Haji Mahmud
Ismail dan Haji Ismail Fatani. Dalam rombongan itu Tok Kenali bertindak sebagai
pengurus perjalanan bagi pihak tuan gurunya. Walaupun hanya lima tahun di
Mesir, Tok Kenali banyak menimba ilmu dan pengalaman di negara yang mempunyai
ramai ulama dan terkenal dengan Universiti Al Azhar itu. Tidak lama selepas
kembali semula ke Makkah, Tok Kenali mengambil keputusan pulang ke tanahair.
Keputusan itu dibuat berdasarkan rasa hatinya bahawa segala ilmu dan pengalaman
yang diperolehi telah mencukupi untuk beliau mencurahkannya kepada umat Islam
di tanahairnya sendiri. Sementelahan pula gurunya yang disayangi Syeikh Wan
Ahmad Al Fatani telah pulang ke rahmatullah pada tahun 1325 Hijrah (1906). Tok
Kenali berkata, “Jika masih ada Syeikh Ahmad tentu aku tidak pulang lagi (ke
Kelantan).” Demikian ikrabnya hubungan Tok Kenali dengan gurunya itu. Maka pada
tahun 1327 Hijrah bersamaan 1908 Masihi, Tok Kenali pun pulang ke Kelantan.
Beliau pulang dengan kapal layar menempuh pelayaran yang mencabar, menyusur
hingga ke Singapura, kemudian terus ke Kelantan. Berita kepulangannya segera
meniti dari mulut ke mulut. Orang ramai heboh memperkatakan, “Awang Yusof sudah
kelik.” Beliau disambut meriah oleh sanak-saudara dan kawan-kawan. Beliau
tinggal bersama ibunya di Kampung Paya dalam daerah Kenali. Pada tahun
berikutnya, dengan dorongan kuat ibunya, barulah Tok Kenali mengadakan kelas
pengajian terbuka untuk orang ramai di rumahnya. Dari hari ke hari, anak
muridnya bertambah ramai. Mereka mendirikan pondok-pondok kecil di sekeliling
rumahnya untuk mengikuti kelas pengajian beliau, sembahyang berjemaah, berwirid
dan beramal. Dalam masa yang sama, Tok Kenali mengajar di Masjid Al Muhammadi
di Kota Bharu, yang ketika itu terkenal sebagai pusat pengajian tinggi. Beliau
berpegang kepada falsafah bahawa dakwah, tarbiah dan ilmu perlu disebarluaskan
kepada orang ramai. Masa mengajarnya dalam seminggu dibahagi-bahagikan: tiga
hari di Masjid Al Muhammadi dan empat hari di pondoknya di Kampung Paya.
Kemudian ibunya jatuh sakit dan kembali mengadap ALLAH Azzawajalla,
meninggalkan anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibunya dan gigih
berjuang mengembangkan ilmu ke tengah masyarakat. Selepas kematian ibunya, atas
permintaan Datuk Perdana Menteri, Tok Kenali berpindah ke Kota Bharu untuk
mencurahkan sepenuh tenaganya sebagai tenaga pengajar utama di Masjid Al
Muhammadi bersama dengan Haji Nik Abdullah, Haji Idris dan beberapa orang tuan
guru lain. Sejak itu, di sekeliling masjid itu semakin padat dengan
pondok-pondok kecil yang didiami oleh pelajaj-pelajar yang datang dari merata
tempat dan negeri. Tok Kenali memainkan peranan penting menjadikan masjid itu
sebuah pusat pengajian pondok tertinggi dan termasyhur di Tanah Melayu ketika
itu. Nama Tok Kenali semakin masyhur sebagai tuan guru yang mahir dalam ilmu
nahu dan saraf serta tasawuf. Beliau juga menguasai ilmu tafsir, Hadis, tauhid,
feqah dan sebagainya. Tok Kenali lazimnya mengajar tanpa membawa kitab; cukup
sekadar mendengar salah seorang anak muridnya membaca, kemudian beliau akan syarahkan
dan betulkan jika ada bacaan yang silap. Ternyata beliau sangat arif tentang
matan dan syarah kitab-kitab yang diajarnya. Antara kitab-kitab yang dijadikan
teks pengajiannya ialah Ihya Ulumiddin karya Hujjatul Islam Imam Al Ghazali,
Sirrus Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Al Palem-bangi dan kitab Hikam
karangan Ibnu Ato’illah. Setelah 23 tahun hidup sebatang kara, barulah Tok
Kenali mencari pasangan hidup ketika umurnya melebihi 40 tahun. Orang
pilihannya bernama Siti Ruqayah, seorang janda muda berusia 18 tahun. Berkat
perkahwinan yang bahagia itu, mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata.
Anak-anak lelaki beliau semuanya muncul sebagai tuan guru. Mereka adalah: Tuan
Guru Haji Ahmad, anak sulung yang sempat mendapat bimbingan ilmu dari ayahnya.
Beliau terkenal dengan gelaran Tok Bakok kerana rumah tempat tinggalnya di
Kenali bersebelahan dengan pondok penuntut-penuntut dari Siam yang terkenal
dengan kota Bangkok. Tok Bakok menjadi tuan guru utama di pondok peninggalan
ayahnya. Tuan Guru Haji Salleh, anak Tok Kenali yang paling lama belajar di
Makkah dan terus bermukim di sana serta mengajar di Masjidil Haram. Beliau
seorang pengarang dan telah mengarang lebih 60 buah kitab dan risalah mengenai
berbagai persoalan agama. Tuan Haji Mahmud, anak ketiga Tok Kenali, seorang
yang tidak kurang juga ilmunya, menjadi khatib tetap di masjid peninggalan
ayahnya di Kubang Kerian. Keseronokan pada akal apabila mendapat ilmu dan
pengalaman, keseronokan nafsu apabila melihat dan membuat perkara yang haram,
keseronokan jiwa ialah mengingati Allah melalui sembahyang, membaca Al Quran,
berzikir, bertahmid, bertasbih dan melihat tanda-tanda kebesaran Allah. – Abuya
Ashaari Muhammad Tuan Haji Abdullah Zawawi, anak bongsu Tok Kenali yang
mendapat didikan di Makkah sehingga ke peringkat menengah tinggi dan seterusnya
memasuki Kuliah Syariah di salah sebuah universiti di Makkah selama empat tahun
dan lulus pada tahun 1961, kemudian berkhidmat dengan kerajaan Arab Saudi
sebagai pegawai pendidikan dan pernah menjadi pengetua beberapa buah sekolah
menengah Arab di Saudi. Lima tahun selepas mengajar dan memimpin kelas
pengajian di Masjid Muhammadi, Tok Kenali mengambil keputusan pulang ke kampung
untuk menghidupkan semula pondok yang telah ditinggalkannya dahulu. Kali ini
beliau memilih tapak baru di Kampung Belukar, yang juga dalam daerah Kenali,
tidak jauh dari Kampung Paya. Beliau mengasaskan semula pondok pengajian di
tapak baru ini dengan susunan yang lebih kemas baik dari segi pembangunan
lahir, lebih-lebih lagi isi tarbiah dan ta’limnya. Tok Kenali mahu pondok
pengajiannya di Kenali itu benar-benar berkesan dari segi ilmu, tarbiah dan
perjuangan kepada anak-anak muridnya. Beliau mahu sistem pengajian pondok yang
merupakan trend pengajian paling popular pada waktu itu terus berkembang. Ini
yang diperjuangkan oleh Tok Kenali. Sistem pengajian pondok membolehkan
terjalinnya hubungan rapat antara murid dan guru, serta mewujudkan sua-sana
ilmu dan amal; menuntut ilmu bersama, sembahyang bersama dan melakukan
lain-lain kegiatan hidup bersama. Pelajar-pelajar juga dapat mencontohi
perilaku mulia tuan guru mereka dalam menjalani kehidupan sehari-hari di
samping menggalakkan mereka hidup berdikari untuk menyelesaikan keperluan
hidup. Benarlah kata-kata: “Ilmu itu adalah satu kemuliaan yang disanjung oleh
orang yang mulia dan tinggi cita-cita. Di mana ada ilmu, di situ ada
penuntutnya.” Begitulah Tok Kenali, di mana beliau berpindah, akan dituruti
pula oleh anak-anak murid lamanya dan bertambah pula dengan penuntut baru yang
datang dari Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Selatan
Thailand dan anak-anak Kelantan sendiri. Di antara anak-anak murid Tok Kenali
yang terkemuka ialah: Syeikh Idris Al Marbawi dari Perak, pengarang dan ulama
terkenal (penyusun Kamus Marbawi); Syeikh Othman Jalaluddin, guru pengasas
pondok yang warak dan juga seorang pengarang kitab, berasal dari Penanti; Haji
Sallehuddin, Pulau Pinang; Haji Tam, Kedah; Tuan Guru Haji Othman (Pak Man),
Bukit Besar; Tuan Guru Ahmad Lundang, Haji Ahmad Tawang; Haji Nor Bot; Haji
Ali, Pulang Pisang; Haji Mat Jebang; Tuan Guru Haji Awang Yusof pembangun
pondok di Tanah Serendah Sekebun Bunga, Kota Bharu; Tuan Guru Haji Daud bin
Haji Omar, Bukit Abal, ahli tasawuf dan tareqat yang terkemuka; Tuan Guru Haji
Yaakub bin Ismail, Legor, Selatan Thailand, Tuan Guru Haji Zainal Abidin Sura,
Dungun, Terengganu, dan ramai lagi anak murid Tok Kenali yang hebat-hebat
daripada ribuan murid beliau. Di antara pesanan penting yang disampaikan oleh
Tok Kenali kepada murid-murid kanannya ialah, “Mu buka pondok.” Syeikh Othman
Jalaluddin (1880-1952), murid pembantu kanan di Pondok Kenali, mengadu kepada
gurunya Tok Kenali, mengapa beliau dua kali gagal dalam usahanya membangunkan
pondok. Tok Kenali berkata: “Mu gi ngaji lagi, lepas tu buka pondok.” Dengan
nasihat itu, Syeikh Othman, yang sebelum itu pernah mengaji di Makkah selama 4
tahun, pergi melanjutkan pelajaran lagi ke Tanah Suci dan belajar dengan
beberapa orang guru. Beliau kemudian sempat mengajar di Masjidil Haram untuk
beberapa waktu sebelum akhirnya pulang ke tanahair, dan pada tahun 1932 beliau
berjaya membangunkan sebuah pondok pengajian yang terkenal di Penanti, Bukit
Mertajam iaitu Madrasah Manabi’ul Ulum. Menjelang akhir hayatnya beliau sekali
lagi pergi ke Makkah dan meninggal dunia di sana pada tahun 1952. Dengan berkat
kata-kata Tok Kenali yang sering menggalakkan anak-anak muridnya membuka
pondok, maka mercup tumbuhlah pondok-pondok pengajian dengan pesat sekali.
Walaupun pondok-pondok pengajian sudah wujud sebelumnya, Tok Kenalilah orang
yang menyemarakkan kebangkitan pondok sebagai satu institusi pengajian Islam
paling berpenga-ruh di negara ini pada sekitar dua dekad awal abad ke-20 itu.
Selain menubuhkan Pondok Tok Kenali, beliau juga menjadi pengasas Jamiatul Asriyah
di Kota Bharu. Pendidikan Pondok Tok Kenali Tok Kenali menekankan teknik
menghafaz pelajaran terutamanya nahu saraf yang menjadi ibu bagi memahami
kitab-kitab Arab. Begitu dengan balaghah, bada’i, bayan dan arudh. Baginya,
ilmu itu ialah apa yang difahami dan diingati di dada, bukan semata-mata dalam
tulisan di kitab. Penekanan ini mendorong anak-anak muridnya bertungkus-lumus
menghafaz terutamanya pada malam-malam sepi di pondok penginapan masing-masing.
Ramai muridnya berkata, “Berkat Tok Kenali, mudah kami menghafaz pelajaran.”
Pelajaran-pelajaran yang perlu dihafal biasanya ditulis dengan tulisan tangan
oleh Tok Kenali sendiri, dan kemudian beliau pula yang mentasmikan hafalan
murid-muridnya itu. Namun Tok Kenali tidak pernah memarahi pelajar-pelajar yang
lemah dalam pelajaran atau tidak mampu menghafaz. Kerana cerdik dan bodohnya
seseorang itu semuanya pemberian ALLAH SWT. Tok Kenali terus berusaha mendidik
dan mengajar. Sewaktu mengajar, Tok Kenali selalunya tidak bawa kitab. Cukup
dengan mendengar salah seorang muridnya membaca, kemudian disyarahkan dan
dibetulkan di mana yang silap. Kelaziman ini membuktikan bahawa beliau sangat
arif tentang semua matan dan syarah kitab-kitab yang diajarnya. Stail ini sukar
ditiru oleh tuan-tuan guru lain. Untuk membolehkan murid-muridnya mengulangkaji
ilmu dan menghaluskan lagi pemahaman, Tok Kenali mewujudkan halaqah-halaqah
belajar di kalangan mereka. Setiap satu halaqah kecil itu ada seorang pelajar
yang lebih pandai dilantik menjadi ketua mutalaah atau dipanggil ketua talaah.
Kaedah ini kemudian begitu popular di kalangan pelajar-pelajar pondok di merata
tempat. MENDAPAT PERKHABARAN GHAIB Perkara luar biasa yang dimiliki oleh Tok
Kenali ialah beliau dikurniakan ALLAH SWT hatif yakni perkhabaran ghaib secara
kerohanian bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang payah-payah. Kedudukan ini
rendah sedikit daripada mereka yang mendapat kasyaf. Ini satu lagi karamah Tok
Kenali. Pernah Tok Kenali mengajar jam 12 tengah malam di suatu padang sampai
berembun-embun menjelang Subuh. Murid-murid tertentu saja yang dibenarkan
hadir. Pengajian itu lebih berbenTok soal jawab (dialog). Apabila ada soalan
yang tidak dapat dijawabnya, Tok Kenali akan berkata, “Tunggu sekejap ya.” Lalu
Tok Kenali memberi salam selaku orang berbual dalam telefon, dan kelihatan
memberi perhatian (mendengar) kepada sesuatu dan kadang-kadang mengangguk.
Kemudian baru beliau beralih kepada murid yang bertanya dan menjawab soalan
tadi, seumpama “Oh, wajib hukumnya”, “Halal”, “Makruh” dan sebagainya mengikut benTok
soalan yang diajukan. Dari situ memperlihatkan bahawa Tok Kenali mempunyai
pertalian kerohanian yang bersih sehingga menghasilkan idea yang bernas. Pada
keseluruhannya Tok Kenali berpegang kepada cara pendidikan rohaniah yang
dilagang oleh Hujjatul Islam Imam Al Ghazali. Ini dapat dilihat pada teks
pengajian tasawufnya yang kebanyakannya karangan Imam Al Ghazali. Beliau juga
mengajar kitab Hikam karangan Ibnu Ato’illah yang banyak membicarakan
perjalanan hati dan para wali. Tok Kenali mempunyai syahsiah yang tinggi dan
dengan itu menjadi contoh teladan kepada murid-murid dan pengikut-pengikutnya,
baik dalam bidang ibadah, akhlak atau bidang-bidang hidup lain yang lebih
halus. KITAB-KITAB PENGAJIAN Semua kitab yang menjadi teks pengajian di Pondok
Kenali adalah kitab-kitab yang muktabar karangan ulama-ulama aliran Ahli Sunnah
Wal Jamaah. Perkara ini dipastikan sendiri oleh Tok Kenali supaya anak-anak
muridnya tidak terpesong daripada pegangan Islam yang sebenar dan dengar itu
mendatangkan keberkatan. Antara kitab-kitab itu ialah: Tauhid: antaranya Matan
Al Jauharah Al Tauhid karya Imam Ibrahim Al Laqani, Matan As Sanusiyah karya
Imam Muhammad bin Yusof As Sanusi, kitab Aqidah An Najin karya Tuan Minal
(Zainal Abidin bin Muhammad Al Fatani) dan seterusnya kitab-kitab yang lebih
besar seperti Darus Samin dan lain-lain. Feqah: di antaranya ialah kitab Matan
Safinah An Naja, Fathul Qarib, At Tahrir dan Al Iqna’. Tok Kenali juga mengajar
kitab-kitab besar seperti Al Majmu’ dan Al Umm, kitab induk Imam Syafi’i r.a.
(Dua orang daripada murid Tok Kenali dikatakan ada berusaha menterjemahkan kita
Al Umm ini). Tasawuf: di antaranya kitab Bidayah Al Hidayah karangan Imam Al
Ghazali r.a., Ayyuha Al Walid juga karangan Imam Al Ghazali, Hidayah As Salidin
(syarah kitab Bidayah Al Hidayah) karangan Syeikh Abdul Samad Al Palimbangi,
Sims As Salikin (intisari kitab Ihya Ulumiddin karangan Imam Al Ghazali) juga
karangan As Syeikh Abdul Samad Al Palimbangi, dan tidak ketinggalan kitab Al
Hikam karangan Ibnu Ato’illah. Tafsir: antaranya Tafsir Jalalain karangan
Jalaluddin Al Mahalli dan Jalaluddin As Sayuti, Tafsir ‘Ala Al Jalalain dan
Tafsir Al Khazin bertajuk Lubab At Ta’wil Fi Ma’ani At Tanzil. Bahasa Arab
(terutamanya nahu saraf): antara kitab-kitab-nya ialah Matan Al Ajirrumiyah,
Matan Al Bina, Syafh Ibnu ‘Uqail, Matan Al Fiyyah dan syarahnya. Seterusnya
kitab Usymuni dan Mughni Al Labib karangan Ibnu Hisyam. SUMBANGAN DALAM
PENULISAN Ketika Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mula
mengura-urakan penerbitan sebuah majalah Islam, yang dicadangkan oleh Tok
Kenali, maka Datuk Perdana Menteri tidak nampak orang lain untuk menggerakkan
majalah itu melainkan Tok Kenali sendiri. Oleh itu dengan inisiatif Tok Kenali
sebagai tenaga penggerak utamanya, lahirlah sebuah majalah bulanan yang
dipanggil Pengasuh pada 11 Julai 1918. Tok Kenali, selaku Ketua Pengarang
Kehormatnya, banyak menghasilkan artikel untuk majalah itu yang sebahagian
daripadanya telah dikeluarkan semula dengan ulasan oleh Ustaz Abdullah Qari
dalam buku karangannya, Pusaka Tok Kenali. Dalam keluaran sulung majalah
Pengasuh, Tok Kenali antara lain membuat saranan berikut: “…maka cintalah saya
dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap sebuah negeri di dalam
Semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu suratkhabar yang
dipunyai oleh anak negeri sendiri supaya menepati ia utusan yang bijaksana
(Islam).” Saranan Tok Kenali itu menunjukkan beliau menyedari pentingnya umat
Islam memiliki dan menguasai media massa sebagai alat menyampaikan mesej Islam
ke tengah masyarakat. Selain menjadi tenaga penggerak Pengasuh, Tok Kenali juga
adalah penasihat dan penulis untuk sebuah lagi majalah Islam, Al Hidayah. Dalam
bidang penulisan ilmiah, Tok Kenali telah berusaha menterjemahkan kitab Al Umm
dan tafsir Al Khazan walaupun terjemahan kedua-dua kitab itu tidak sempat
disiapkan sepenuhnya. Usaha penterjemahan itu adalah atas permintaan Sultan
Kelantan sendiri menerusi surat bertarikh 15 April 1929 kepada Majlis Agama dan
Adat Istiadat Melayu Kelantan. Bagi memenuhi keperluan pelajar peringkat
rendah, Tok Kenali menyusun kitab pelajaran nahu saraf (Tasrif) yang
kemudiannya diterbitkan oleh muridnya Tuan Guru Haji Ali Solehuddin dengan
judul Ad Durus Al Kunaliyah Al Ibtidaiyah dan kitab Tasrif ‘Arf yang disusun oleh
muridnya, Syeikh Othman Jalaluddin. Di samping mempelopori penerbitan majalah
Pengasuh, Tok Kenali juga menerbitkan risalah pelajar (buletin) Talamiz.
Menurut Ustaz Abdullah Qari dalam bukunya Sumbangan Tok Kenali Kepada Dunia
Ilmu, Tok Kenali adalah juga pengarang kepada kitab Khasiat Bintang-bintang dan
Mujarrabat yang menggunakan nama pena Awang Kenali. Tok Kenali juga banyak
menulis cerita-cerita teladan, cerpen serta syair. Banyak daripadanya dihimpun
dan diterbitkan semula oleh Ustaz Abdullah Qari di bawah tajuk, antaranya, 12
Cerpen Tok Kenali dan Tok Kadhi dan Tok Guru. Dan banyak lagi hasil tulisan Tok
Kenali, atau karya murid-muridnya yang diambil daripada idea beliau, yang tidak
dapat disenaraikan dalam ruangan yang terhad ini. PERANAN DALAM PEMERINTAHAN Di
samping mengajar dan mendidik, Tok Kenali juga melibatkan diri dalam urusan
kemasyarakatan dan juga pemerintahan. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Agama
dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Bahkan semasa majlis ini hendak ditubuhkan
pada tahun 1916, Tok Kenali telah diminta membantu menyusun undang-undang
tubuhnya. Beliau juga turut terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri yang meliputi
persoalan pembahagian harta pusaka menurut syariat. Kanun itu masih dipakai
sehingga ke hari ini. Dalam masa yang sama, Tok Kenali juga menjadi Ahli Majlis
(Dewan) Ulama yang merupakan badan ulama tertinggi dalam negeri Kelantan.
Beliau ditugaskan sebagai Ketua Pelajaran Agama (menyamai jawatan Penolong
Mufti). Dengan itu baik secara rasmi mahupun tidak, pendapat-pendapatnya sering
diterima untuk dilaksanakan oleh pemerintah negeri yang diketuai oleh
sahabatnya, Haji Nik Mahmud bin Ismail yang berjawatan Datuk Perdana Menteri
(Menteri Besar). Datuk Perdana Menteri pernah datang menemui Tok Kenali dan
bertanya, “Tok guru, apa jalan untuk kita memajukan bandar kita, adakah dengan
membuat banyak-banyak kedai perniagaan?” Menurut cerita cucunya YB Haji Mawardi
Hj Ahmad yang penulis temui, ketika Datuk Perdana Menteri datang, Tok Kenali
sedang dimandikan oleh muridnya di kolah belakang masjid Kenali. Tok Kenali
bangun ingin menghormati ketua negeri itu tetapi sahabatnya Datuk Perdana
Menteri itu berkata, “Tak payah, tak payahlah.” Lalu dengan spontan Tok Kenali
berkata, “Datuk buka sekolah banyak-banyak, insya-ALLAH di situ akan wujud
kedai-kedai, bangunan-bangunan dan maju dengan ramai orang.” Mendengar jawapan
itu, Datuk Perdana Menteri pun balik dan mengambil keputusan melaksanakan
saranan yang mulia itu. Maka sejak itu lahirlah banyak sekolah agama dan juga
sekolah kebangsaan di merata tempat dalam negeri Kelantan. Hasilnya amat nyata,
dengan adanya sekolah, bidang-bidang lain turut wujud dan membangun. Dengan
kata lain, pembangunan lahiriah terhasil dengan sendirinya bila telah wujud
pembangunan rohani yang bermula dari pendidikan. Dampingan Tok Kenali dan Datuk
Perdana Menteri itu merupakan gandingan di antara ulama dan umarak yang amat
perlu bagi sesebuah negara yang bercita-citakan Islam. Segala keputusan
berkaitan pemerintahan adalah berdasarkan pendapat dan keputusan ulama.
Kebetulan mereka berdua adalah sahabat yang sealiran dalam cita-cita. Baginda
Sultan Ismail turut menghormati Tok Kenali sebagai seorang ulama besar.
Bagindalah yang menitahkan supaya Tok Kenali menterjemahkan kitab induk Al Umm
karangan Imam Syafi’i dan kitab tafsir Al Khazan. Kepercayaan ini diberi
berdasarkan kemampuan besar Tok Kenali. Cuma penterjemahan kitab panjang
berjilid-jilid ini tidak dapat disiapkan dalam masa hayat beliau. Istimewanya,
walaupun Tok Kenali rapat dengan kerajaan dan raja yang memerintah, namun
beliau tidak pernah tunduk kepada sebarang benTok maksiat yang dilakukan oleh
penguasa dan orang ramai. Beliau hanya terlibat dalam soal-soal kebaikan
sahaja, dan sentiasa berusaha menghapuskan maksiat. Dengan kata lain, Tok Kenali
tidak menjadi ulama pengampu yang mengiyakan apa saja yang dibuat oleh
pemerintah demi menjaga kedudukan dan periuk nasi. Tok Kenali tidak akan hadir
sama sekali dalam majlis-majlis maksiat termasuk majlis walimah (kenduri
kahwin) yang bercampur maksiat sekalipun ia turut dihadiri oleh orang-orang
besar kerajaan. Orang ramai sangat memahami serta malu dengan sikap dan
pendirian Tok Kenali ini. AKHLAK DAN AMALAN KEROHANIAN Tok Kenali terkenal
sebagai orang yang sangat menghormati ibu, dan sentiasa memohonkan restu ibunya
untuk membuat sesuatu pekerjaan baru yang besar. Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud, “Syurga di bawah tapak kaki ibu.” Beliau sentiasa merendah diri,
sangat pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan anak-anak
yatim. Beliau juga seorang yang zuhud. Baginya dunia ini hanya daki yang akan
ditinggalkan pada bila-bila masa saja. Dalam hidup bermasyarakat, beliau tidak
pernah menolak jemputan atau hajat orang ramai kecuali uzur. Satu sifat mulia
Tok Kenali, jika orang terjumpa sesuatu barang kepunyaannya terjatuh atau
tertinggal maka beliau tidak mahu menerimanya jika orang itu ingin memulangkan
semula kepadanya. Kejadian ini acap kali berlaku. Tok Kenali akan berkata,
“Ambil ket mu lah tu, rezkimu.” Ada tidak pun, murid-muridnya jika hendak
memulangkan sesuatu milik Tok Kenali, ianya dipulangkan melalui Mak Haji,
panggilan bagi Hajah Ruqayah, isteri Tok Kenali. Begitulah kehalusan budi
pekerti Tok Kenali, yang merupakan hasil daripada amalan tareqat dan
penghayatan ilmu tasawuf yang diselaminya daripada kitab-kitab besar karangan
ulama-ulama muktabar seperti Al Imam Ghazali, Ibnu Ato’illah dan Syeikh Abdul
Samad Al Palimbangi. Daripada kitab-kitab yang dijadikan teks pengajiannya
dalam ilmu tasawuf, dapatlah difahami bahawa Tok Kenali menerima amalan-amalan
rohaniah yang melibatkan tawassul, wasilah dan soal-soal tareqat. Persoalan ini
terdapat dalam kitab-kitab Ihya Ulumuddin, Sirrus As Salikin dan Hikam. Di
samping mengamalkan tarekat (Tarekat Ahmadiah yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad
Idris), Tok Kenali juga banyak mengamalkan selawat nabi s.a.w, melazimkan
bacaan surah Al Ikhlas dan doa yang disusun oleh Imam Ghazali dalam bertajuk
Ayyuhal Walad (Wahai Anak). Doa ini agak panjang dan tidak dapat diperturunkan
di sini. Begitu juga dengan selawat susunan Tok Kenali. Banyak lagi amalan
peninggalan Tok Kenali termasuk amalan yang menyebut “Oh, Oh, Oh” dan “Hu, Hu,
Hu” yakni bermaksud “Huwa, Huwa, Huwa” atau “Dia Allah… Dia Allah… Dia Allah…
Dia Allah… Dia Allah.” KARAMAH TOK KENALI Banyak cerita tentang karamah Tok
Kenali sudah diselit-selitkan secara tidak langsung dalam tulisan ini namun
masih banyak lagi kejadian pelik yang benar-benar berlaku ke atas diri Tok
Kenali sebagai seorang wali ALLAH itu. Antaranya adalah seperti berikut: Tok
Kenali membenci amalan jahiliah berlaga kerbau yang masih menjadi kegemaran
orang zaman itu. Satu hari, riuh-rendah orang ramai berpesta meraikan
kemenangan kerbau laga milik Tok Deramin. Kerbau itu dipakaikan baju berhias.
Kebetulan bertembung dengan Tok Kenali, lalu beliau bertanya, “Kenapa
dipakai-pakai macam ni?” Orang di situ menjawab secara mempersenda, “Kerbau itu
panas.” Tok Kenali pun membalas jawapan itu dengan berkata, “Biar dia panas.”
Dan pada malamnya rumah Tok Deramin termasuk bangsal kerbaunya terbakar hangus.
Ada seorang yang menjala ikan tak dapat-dapat sebarang jenis ikan, lalu
bertembung dengan Tok Kenali. Tok Kenali pun memegang-megang sambil
menepuk-nepuk jalanya itu. Selepas itu orang itu menjala dengan sekali campak
(tebar) saja sudah dapat banyak sungguh ikan. Pernah berlaku beberapa kali anak
muridnya mendapati Tok Kenali menyeberangi sungai tanpa dilihat melalui
jambatan ataupun menaiki perahu. Cerita ini amat panjang. Dan Tok Kenali pula
berjalan cepat sehingga anak-anak muridnya selalu ketinggalan. “Beliau nampak
berjalan macam biasa saja tetapi selalunya beliau sampai dulu seolah-olahnya
dunia ini sempit baginya,” cerita murid-muridnya. Dalam satu majlis jamuan
buah-buahan, seorang daripada hadirin menyambut biji durian yang dikulum oleh
Tok Kenali, seraya berkata, “Tok guru, yang ni hamba hendak buat benih.”
Ternyata pokok durian yang ditanam dari biji benih yang berkat itu tumbuh
begitu subur dan menghasilkan buah durian yang bermutu tinggi serta lazat. Tok
Kenali dikatakan ada firasat yang benar. Ini dapat dibuktikan dengan ramalannya
yang betul-betul berlaku. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Takutilah firasat
orang Mukmin kerana dia melihat dengan nur (cahaya) ALLAH.” Pernah Tok Kenali
memberitahu, “Jepun akan menjajah Tanah Melayu.” Ternyata lapan tahun selepas
beliau kembali ke rahmatullah, bangsa bermata sepet itu masuk menguasai Tanah
Melayu. Tok Kenali juga pernah memberi amaran supaya bersiap sedia kerana
banjir besar akan melanda Kelantan. Beliau berkata, “Aku ada alamat akan
berlaku bah besar. Kerana itu kamu bersiap sedialah…” Setahun kemudian
berlakulah bah besar seperti yang dikasyafkan kepada Tok Kenali itu yang
terkenal dengan ‘bah merah’, yang tertera dalam catatan sejarah penting negeri
Kelantan; berlaku pada 26 Disember 1926. Ia dinamakan ‘bah merah’ kerana airnya
terlalu keruh berwarna kemerah-merahan. Air Sungai Kelantan melimpahi tebing
dan menenggelamkan bandar Kota Bharu, hingga 12 hari baru surut. Banyak jiwa
terkorban, binatang ternak mati, tanam-tanaman musnah dan rumah serta
bangunan-bangunan rosak. (Beberapa hari selepas berlaku bah besar ini, berlaku
pula kebakaran besar di Kota Bharu.) Pada satu hari secara tiba-tiba Tok Kenali
memanggil Tuan Haji Taib Kangkong, seorang murid tua yang pandai menyembelih.
“Haji Taib, mana golok sembelihanmu?” tanya Tok Kenali. “Asah golok itu!”
tambah Tok Kenali. Haji Taib memang mengetahui tiada binatang yang hendak
disembelih lalu terlanjur lidahnya untuk bertanya, “Mana kambing, Tok Guru?”
“Asahlah golok itu, insya-Allah,” balas Tok Kenali. Sesudah siap Haji Taib
mengasah golok, tiba-tiba datang dua tiga orang membawa kambing masing-masing
dan diserahkan kepada Tok Kenali. “Ha, sembelihlah kambing-kambing ni,” arah
Tok Kenali kepada murid tuanya yang cukup akur dengan perintah gurunya itu.
Setelah umurnya melebihi 60 tahun, Tok Kenali semakin uzur sehingga akhir-akhir
hayatnya beliau terlantar di rumah kerana dihinggapi sakit patah jentang;
berkudis di kaki kiri hingga berlubang merobok. Sakit tak terhingga. Tetapi Tok
Kenali terus sabar dan tenang. Lubang kudisnya semakin membesar dan di dalamnya
hidup ulat-ulat kudis. Satu hari sedang Tok Kenali mandi di tepi telaga
pondoknya, ulat itu terjatuh, lalu beliau memanggil muridnya Haji Muhammad
Gelang Tok Uban. “Mat cepat mari, ayah panggil,” jerit Hajjah Ruqaiyah yang
berada di sisi suaminya itu. Haji Muhammad segera mendapatkan Tok guru
kesayangannya itu. “Cepat Mat, selamatkan saudaraku, dia terjatuh ke dalam
lubang lalu menghilang,” arah Tok Kenali, meminta muridnya itu mencari ulat itu
dan memasukkan semula ke dalam lubang di kakinya. Ulat itu ditemui lalu Tok
Kenali sendiri yang memasukkannya ke dalam lubang kudis di kakinya itu. “Tok
guru, biar hamba buang ulat di kaki Tok guru,” pinta muridnya agar tuan gurunya
segera sembuh. Tok Kenali yang sudah rasa dirinya tidak akan lama lagi berada
di dunia fana itu berkata perlahan-lahan, “Biarlah dia hidup, dia mahu makan
seperti kita manusia juga.” Peristiwa ini mengingatkan kita kepada ujian yang
menimpa Nabi Allah Ayub a.s. yang sabar menanggung derita sakit kudis penuh
badan hingga berulat. Tidak lama kemudian sakit Tok Kenali menjadi berat.
Beliau berbaring tidak mengeluarkan apa-apa perkataan lagi. Anak-anak dan
isteri berada di sekelingnya. Cucunya YB Haji Mawardi menceritakan satu
peristiwa sahih yang beliau dapat secara langsung dari ayahnya sendiri. Tuan
Haji Ahmad Bakok, anak sulung Tok Kenali. Cerita-nya begini: Sewaktu
masing-masing berada di sekeliling Tok Kenali yang berbaring tanpa berkata
apa-apa, Tuan Guru Haji Ahmad Bakok duduk di sebelah belakang ayahnya (bantal
baring Tok Kenali ditinggikan). Suasana hening seketika. Pada masa itu Tuan
Guru Haji Ahmad mendengar kalimah Allah…, Allah…, Allah…, Allah…, Allah…,
Allah…, Allah…. dari dalam diri ayahnya. Tuan Guru Haji Ahmad bergerak ke
samping tetapi dilihat mulut ayahnya sedikit pun tidak bergerak sedangkan
kalimah Allah…, Allah…, Allah… terus kedengaran. Haji Ahmad sedar hati ayahnya
hidup dengan lafaz mulia yang terang sampai didengar oleh telinganya. “Ini
cerita sahih daripada ayah saya,” cerita YB Haji Mawardi kepada penulis. Di
saat-saat begitulah Tok Kenali kembali menemui Kekasihnya yang tercinta Allah
Azzawajalla pada bulan Syaaban 1352 Hijrah bersamaan 19 November 1933 berusia
65 tahun. Kembalinya ulama berjiwa sufi yang dikenang jasa-jasa peninggalannya
dan menjadi suri teladan kepada generasi kini. Tok Kenali pandai dan rajin
memasak khususnya beberapa jenis masakan Arab seperti kebab. Selalu juga saya
diminta menolongnya memasak dan apabila siap dia panggil ramai-ramai makan.
Untung juga kami kerana dapat menumpang makan masakan Arab. Masakan Melayu pun
dia pandai.” Begitulah antara keistimewaan peribadi Tok Kenali menurut
pandangan Haji Mohd Nor atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ayah Nor Bot,
87 tahun. Beliau menjadi murid Tok Kenali selama kira-kira 20 tahun. Sejak
berumur dalam lingkungan 19 tahun, Tok Ayah Nor Bot menjadi anak murid Tok
Kenali selama 10 tahun di Pondok Kenali, Kubang Kerian dan 10 tahun lagi di
Masjid Al Muhammadi, Kota Bharu. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke
Makkah selama 7 tahun bersama Tuan Guru Haji Ahmad, anak sulung Tok Kenali.
Semasa di Makkah, Tok Ayah Nor Bot (Bot ialah nama tempat beliau dilahirkan)
tidak dapat lagi mengikuti perkembangan perjuangan Tok Kenali. Namun beliau
mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Tok Kenali sebagai murid kanan.
“Hamba rasa dia (Tok Kenali) macam ayah hamba sendiri,” kata Tok Ayah Nor Bot
ketika ditemui di rumahnya. Beliau berkata Tok Kenali pandai mengajar dengan
cara yang mudah difahami oleh murid walaupun matapelajaran rumit seperti nahu,
saraf, tafsir. Murid-muridnya pula sentiasa mendapat galakan dan bersemahgat
serta bersungguh-sungguh mentelaah dan menghafaz sehingga larut malam. “Ramai
di antara kami berlumba-lumba menghafaz ilmu terutamanya nahu saraf,” tambah
Tok Ayah Nor Bot dengan senyum berseri-seri. Kemudiannya beliau berjaya membuka
pondok di kampungnya, Bot, Kelantan. Ini pun atas galakan Tok Kenali. Masjid
Beijing, Rantau Panjang, Kelantan “Tok Kenali mengajar pada sebelah pagi
selepas Isyrak sehingga hampir Zuhur. Pada sebelah malam, tuan-tuan guru lain
pula mengambil alih mengajar. Selalu juga Tok Kenali tidak berjemaah sembahyang
fardhu Isyak kerana beliau menunaikan sembahyang Isyak pada waktu tengah malam
dan diikuti dengan sembahyang Tahajjud, berwirid dan membaca Al Quran,
kadang-kadang sehingga Subuh, dan terus berjemaah Subuh bersama kami,” cerita
Tok Ayah mengingati zaman silamnya bersama Tok guru yang disayanginya. Susunan
program hidup itu memudahkan Tok Kenali memenuhi hajat-hajat orang ramai pada
masa lapangnya. Beliau tersangat suka membesarkan pemberian orang dan sentiasa
memenuhi jemputan bagi menggembirakan hati orang ramai (kecuali jemputan
kenduri kahwin yang ada maksiat). “Tok Kenali yang saya kenali itu tidak pernah
menolak pemberian orang ramai. Kalau musim buah-buahan, silih berganti orang
menziarahi beliau untuk memberi buah-buah kadang-kadang berguni-guni banyaknya.
Saya selalu mengikuti beliau untuk tolong membawanya ke pondok dan dibahagi-bahagikan
kepada kami semua. Kadang-kadang Tok Kenali menolong beli barang-brang
keperluan penduduk pondok apabila ia keluar ke pasar. Anehnya apabila balik dia
bawa bakul penuh dengan berisikan ikan, sayur-sayur yang diberikan oleh
peniaga-peniaga pasar. Begitulah selalunya. Kemudian dia bagi-bagikan.” Menurut
Tok Ayah lagi, walaupun Tok Kenali tidak suka memarahi muridnya, lebih-lebih
lagi merotan, namun semua muridnya sangat malu dan terlalu menghormati beliau.
Beliau juga disegani kawan dan digeruni lawan. “Ramai juga musuhnya yang tidak
senang dengan peribadi dan perjuangan yang tidak baik di belakang beliau.
Anehnya tak seorang pun sanggup untuk berdepan dengan beliau. Ini mungkin
barangkali satu daripada karamah Tok Kenali yang berjuang sungguh-sungguh
membangunkan pondok,” jelas Tok Ayah lagi. Mengenai penerbitan majalah
Pengasuh, Tok Ayah tidak begitu pasti kerana pada masa itu dia di Makkah.
Tetapi apa yang dia tahu, majalah itu diterbitkan oleh Datuk Perdana Menteri
dan digerakkan oleh Tok Kenali. Peranan Tok Kenali dalam Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Kelantan terlalu besar. “Dalam setiap mesyuarat, Tuan
Mufti Haji Idris selaku pengerusi tetap bertanya kepada Tok Kenali sebagai
rujukan terakhir dalam semua masalah sama ada penting atau tidak,” tambah
beliau. Demikian kegigihan serta kebijaksanaan serta tarbiah-tarbiah lisan,
tulisan dan contoh teladan yang diberikan, menjadikan Tok Kenali seorang
pemimpin masyarakat dan tuan guru yang berwibawa. Beliau berjaya melahirkan
murid-murid dan ulama-ulama yang berjiwa sufi serta mampu mengendalikan
pondok-pondok di tempat masing-masing. Tok Kenali, seorang tokoh pejuang,
pemimpin dan guru kepada ribuan murid dan pengikut dari merata tempat di
Nusantara ini. Wallahuallam....!!!

